Tuesday, December 21, 2010

Pengujian

Kita sudahpun melewati bulan pertama Islam, bulan Muharam memasuki 1432 Hijrah dan tahun baru 2011 juga bakal menjengahkan sayapnya tidak lama lagi.



Alhamdulillah sehingga ke hari ini, masih lagi dikurniakan nikmat untuk bernafas, makan, minum dan melakukan aktiviti keduniaan dengan izin Allah. Usia juga semakin meningkat dengan berganjak ke angka 3 di sebelah kanan 2.

Meniti waktu di bulan disember ibarat mengenang kembali waktu dulu yang penuh dengan kisah silam. Entah mengapa perjalanan menyelusuri denai yang tiada pastinya waktu berakhirnya ini kian lemah dan longlai. Memungkinkan diri dilanda satu kekufuran nikmat namun masih diuji dengan dugaan dan cabaran yang tiada kesudahan. Walaupun istiqamah itu penting namun diri tetap juga manusia biasa yang kadangkala dan juga selalunya tewas!!



Jisim yang tidak mengenal erti putus asa akan cuba melebarkan fahamannya yang sesat itu lantaran kealpaan manusia untuk beribadat dengan hati yang ikhlas. Lalu disitulah wujud polemik dalam kerohanian diri samaada kita akan jadi benar-benar ikhlas atau terpaksa atau hanya semata-mata untuk menjadi santapan mata manusia lain.

Manusia yang gagal dalam kehidupan masa depan di dunia bukanlah akan gagal di akhirat dengan syarat mindanya mestilah mampu untuk mengawal arah mana yang harus dituju dalam kehidupan yang dihuni oleh pelbagai makhluk ini. Kita bisa sahaja memilih jalan yang lurus tetapi akhirnya kita memilih juga jalan yang bengkang-bengkok dan tidak lurus itu. Bodohnya kita kerana memilih yang “susah” dari yang “senang”.

Kita mudah sahaja melanggar perjanjian yang sudah termaktub itu,

tapi akhirnya nanti..

Kita tanggunglah akibatnya..

Bukan di sini...tapi..

Di sana.

Thursday, November 25, 2010

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.



Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

semoga menjadi renungan bersama. Sungguh insaf tetapi kadangkala saya juga cuai dan alpa dalam kehidupan. Moga Allah swt mengampuni dosa-dosaku yang lepas.

Friday, November 12, 2010

NILAI RM 1




Semasa sedang menunggu giliran anak saudara yang ingin mendapatkan rawatan untuk telinganya di Klinik Kesihatan Labis, muncul pula seorang belia remaja yang dalam lingkungan tua setahun atau dua dari saya mendaftar di kaunter pendaftaran klinik.

RM 1, encik?
(Pendaftaran baru memerlukan bayaran RM 1 bagi pesakit yang belum pernah mendaftar )

Melihat pemuda tersebut terkial-kial menyeluk kocek dengan wajahnya yang agak terkejut.

“Saya ada syiling 80 sen je, kurang 20 sen” jawab pemuda itu sambil tersengih.

“Erm tak apalah, simpan jelah duit tue” kata penjaga kaunter.

“saya ingatkan free”...balas pemuda tersebut.

Saya dan emak saling berpaling. Lalu saya tersenyum..

Bukan tersenyum untuk menyindir pemuda tersebut tiada wang yang mencukupi RM 1., tetapi senyum akan betapa bukankah RM 1.00 kini sudah tiada lagi peranannya yang besar dalam kehidupan ini?

Dan peristiwa ini benar-benar mengajar saya akan satu perkara.

Jika difikirkan, dalam dompet saya waktu itu ada wang tunai yang melebihi RM 1, akaun bank saya juga ada simpanan yang melebihi RM 1, malahan biasiswa saya juga masih berbaki atas RM 1.

Dan disebabkan oleh semua perkara itulah, saya jarang memandang betapa bernilainya RM 1 itu pada diri saya.

Bukan saya sahaja, anda mungkin sama.

Jika anda menganggap RM 1 sangat bernilai, anda tidak akan menjadikan RM 1 sebagai duit raya yang selalu dberikan kepada anak-anak buah dan lain-lain, tetapilah anda berikanlah RM 50..

Jika anda menganggap RM 1 sebagai sangat bernilai, kita tidak akan melipat duit RM 1 itu sebagai gubahan bunga dan diletakkan bersama bunga plastik dan diselit di baju semasa majlis-majlis perkahwinan.



Jika kita menganggap RM 1 itu sangat bernilai, pastinya kita akan merancang dengan lebih teliti apa yang perlu dibeli dengan RM 1 itu.

Bagi pemuda itu..

Saya merasakan RM 1 adalah sangat bernilai untuknya.

Kerana mustahil dia tidak membawa wang jika bergerak keluar rumah, apatah lagi jika keluar ke pekan.

Bayangkan jika anda ke pasar malam atau pusat beli belah tetapi di poket anda hanya ada 50 sen, mahukah anda pergi?
Mungkin pergi tetapi dengan hati yang rawan dan gelisah sebab memikirkan tiada duit!!

Akhirnya saya sedar, saya kini sudah menjadi hamba duit secara tidak langsung.

Ibarat “ no money no talk” ..haha.

Saya memang risau jika cuti sem nanti saya tiada duit sebab saya perlu membayar untuk bermain badminton setiap minggu ataupun keluar minum bersama rakan-rakan di kampung.

Saya memang risau jika tiada duit pada awal sem disebabkan biasiswa yang masuk lambat dan tiada duit yang banyak untuk membeli barang-barang keperluan.

Lalu saya fikir, akhirnya mengapalah saya perlu risau pasal duit..

Mengapalah asyik duit, duit, dan duit..





Adalah lebih baik memikirkan bagaimana untuk memastikan hati ini tetap istiqamah pada jalan Allah.

Sebab rezeki kita Allah sudah tentukan sejak azali, kita risau kerana syaitan telah membisikkan perasaan was-was kepada kita.

Kita diberikan nikmat untuk menikmati lebih RM 1 dalam kehidupan semalam dan hari ini.




Hargailah kerana nikmat itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Jika anda melalui situasi seperti pemuda tadi, adakah anda akan berasa MALU?

Sekian.

Saturday, November 6, 2010

DETOX FOOT PATCH


Apa itu Detox Foot Patch?

Detox foot patch ialah sejenis pelekat dengan penyerap toksin yang dipakai pada kaki atau tumit untuk membantu menyingkirkan toksin. Terdapat pelbagai jenama di pasaran antaranya termasuklah Verseo, BodyPure, Takara, Chikusaku, Kinoki dan sebagainya.

Banyak pendapat yang pro dan contra tentang penggunaan detox foot patch ini. Bagi yang pro, ada yang mengatakan ia menguatkan badan, mengurangkan kesakitan lutut, memberikan anda tidur yang berkualiti dan sebagainya. Bagi yang contra pula, bagi mereka detox foot patch tidak mendatangkan apa-apa perubahan kesihatan. Dan mereka berfikiran tidak masuk akal patch yang sedemikian rupa boleh menyingkirkan toksin badan..

Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan detox foot patch tidak mendatangkan manfaat langsung kepada kesihatan. Sebelum saya mengenal detox foot patch,setiap kali berpeluh, bau peluh cukup memeningkan saya,kaki saya juga sentiasa melecet dan mengambil masa 3 hari untuk pulih, dan saya merasa tersangat letih sekiranya balik dari tempat kerja. Kalau dulu locum 3 hari sudah memenatkan saya. Tapi sekarang setelah menggunakan detox foot patch selama seminggu, terasa perubahan ketara tentang diri saya…bau peluh yang memeningkan sudah tiada, kaki saya sudah tidak lagi melecet dan yang paling penting, sekalipun hari-hari saya locum,letihnya jauh lebih kurang berbanding sebelum saya menggunakan detox foot patch…

Bermula ceritanya, saya ternampak di yahoo messenger status seorang junior saya yang sentiasa meletakkan statusnya detox foot patch… terasa meluat juga melihat iklan sedemikian…Suatu hari pada awal bulan ini, terdetik di hati saya untuk mengetahui apakah benda detox foot patch ini… tertarik dengan khasiatnya saya pun membeli produk kesihatan tersebut dari junior saya…dan sekarang setelah hampir 2 minggu, apa yang saya dapat ucapkan hanyalah Alhamdulillah…memang produk tersebut mujarab.

Bagaimana ia berfungsi?

Ia berfungsi dengan 2 cara. Yang pertama, ia merangsang titik akupuntur pada tapak kaki dan yang keduanya dengan menarik keluar toksin melalui peluh. Secara asasnya ia bertindak sebagai “vacuum cleaner” toksin yang menarik keluar bahan berbahaya melalui peluh.

Kandungan.

Secara umumnya bahan-bahan yang terkandung di dalam detox foot patch ialah tourmaline,debu pokok oak, cuka daripada buluh, pokok cypress, kulit carapace( mempunyai kuasa penyerap yang kuat ) dan beberapa jenis herba yang selamat digunakan.




Kulit carapase daripada ketam.



Kulit carapace udang sebagaimana yang diwarnakan dalam rajah di atas.



Tourmaline :

Tourmaline merupakan mineral yang membebaskan ion negatif dan tenaga infra-red. Secara umumnya ia dapat membantu peredaran darah, mengurangkan stress, meningkatkan tahap kewaspadaan dan menguatkan fungsi imun badan. (Niwa Institute for Immunology, Japan. Int J. Biometeorol 1993 Sep; 37(3) 133-8). Tenaga infra-red yang terhasil daripada tourmaline tersebut dapat merangsang titik refleksologi dan membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Ion negatif yang dibebaskan oleh tourmaline pula meningkatkan degradasi pengoksidaan serotonin yang mengurangkan serotonin di dalam badan. Pengurangan serotonin memberikan ketenangan kepada diri individu dan meningkatkan system pertahanan badan menentang jangkitan.

Cara penggunaan?



1. Anda boleh meletakkan patch tersebut pada bahagian tapak, bawah buku lali dan
juga tumit.

2. Anda boleh menggunakan lebih daripada 1 patch dalam satu masa.

3. Ia perlu digunakan pada kedua-dua belah kaki sekiranya anda mahu hasil yang
terbaik.

4. Ia harus dipakai selama 6-8 jam sehari untuk 15-20 hari. Selalunya ia dipakai pada waktu malam. Akan tetapi ia juga boleh juga dipakai pada siang hari asalkan tempoh masa pemakaian adalah selama 6-8 jam untuk memberikan kesan yang maksimum. Sekiranya pemakaian patch tersebut selesa di dalam stoking anda, apa salahnya jika memakai patch tersebut bukan?

5. Digalakkan penggunaannya sebanyak 3-4 kali setahun.

6. Digalakkan mengambil air kosong 8-10 gelas sehari untuk membantu proses detoksifikasi.

Siapakah yang boleh menggunakan detox foot patch ini?

Semua orang boleh menggunakan detox foot patch ini termasuklah ibu yang menyusukan anak. Akan tetapi ia tidak digalakkan penggunaannya bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dan perempuan mengandung.

Apakah kelebihan menggunakan detox foot patch ini?

1. Melegakan sakit dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh arthritis

2. Membantu meningkatkan system imun badan

3. Mengurangkan stress dan kebimbangan.

4. Membantu peredaran darah sekaligus mengurangkan bengkak pada tangan atau kaki.

5. Menyegarkan badan.

6. Membantu meningkatkan konsentrasi dan mental focus.

7. melegakan sakit kepala.

Apakah kesan sampingan detox foot patch ini?

Tiada kesan sampingan daripada detox foot patch. Sekiranya ada berkemungkinan disebabkan tindak balas alergi kepada bahan yang terkandung di dalam patch tersebut yang membawa kepada allergic dermatitis.


Kesimpulan

Detox foot patch dapat membantu peredaran darah, mengurangkan stress, meningkatkan tahap kewaspadaan,menyegarkan badan dan menguatkan fungsi imun badan. Ia boleh dipakai oleh semua.Akan tetapi pemakaiannya tidak digalakkan bagi kanak-kanak berusia kurang 2 tahun dan juga bagi ibu mengandung. Pemakaian detox foot patch hendaklah selama 6-8 jam untuk memberikan kesan yang maksimum.Kesan detox foot patch bergantung kepada tempoh penggunaannya.Terdapat pelbagai pandangan tentang penggunaan detox foot patch, ada yang negatif dan ada yang positif. Untuk mengetahui keberkesanannya, anda perlu mencubanya.Untuk diri saya, ia sudahpun terbukti berkesan.

Berminat untuk mencuba detox foot patch?

SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH INI :

http://www.tampal2u.com/?id=Mohd Mansor

Sunday, October 24, 2010

12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat



Barisan pertama:


Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang-orang yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".


Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan dan datang seruan Allah,

"mereka orang yg meringan-ringankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah saw bersabda ,

"sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.


Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.

"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan"

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.



Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal"


Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.


Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan dan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka.

Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.


Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah & kaki ke atas.

Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka.

Sabda rasulullah saw:

"tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"


Barisan ke-9:


Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.


Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.

Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.



Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama.

Mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.


Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

*Untuk renungan bersama kita semua. Moga Allah jua tempat kita bergantung harap.

Tuesday, October 12, 2010

Perjuangan Pendidik



Berjuanglah hatimu seikhlas mungkin

Dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna

Mengajar mereka bagaimana menjadi manusia

Manusia yang melaksanakan hukum agama

Kita sudah memilih haluan ini

Ini haluan mulia

Jangan kita persiakan dengan kelalaian kita

Jangan kita leka dengan pangkat dan harta

Jangan kita lari dari peranan kita

Akhirnya kita akan bersara sebagai guru yang bahagia

Jika kita bermula dengan bahagia juga.

Teruskan perjuangan wahai bakal-bakal pendidik anak bangsa..

Saturday, September 25, 2010

Lompatlah sejauh-jauhnya

Jika kita berpegang pada prinsip “Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia”, pastinya kita akan merenung kembali kepada masa lalu saat kita diuji dengan pelbagai dugaan dari-Nya.

Dalam keadaan emosi diri yang tidak menentu, akhirnya sedikit demi sedikit dilerai dan terlerai dari penjajahan mental. Apa yang penting ialah keyakinan bahawa hidup ini bukanlah untuk dicurahkan pada bakti dunia semata-mata.

Bantuan untuk mendapat semula keyakinan pastinya datang dari hidayah Allah. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu secara tidak langsung.

Secara tidak langsung yang bagaimana?

Minggu ini, KHAR sedang mengadakan Karnival Sukan Tahunan 2010 dan diperli oleh seorang rakan untuk memasuki acara yang dipertandingkan.

Pada awalnya memang tiada rasa semangat untuk menyertai namun sudah menumpang di Tingkat 1 ini tiada pula apa-apa sumbangan bermakna. Lebih-lebih lagi sukan kali ini membabitkan tingkat 1-3 sebagai satu rumah sukan.

Melihat kepada acara yang kosong ialah balapan padang, iaitu Lompat Jauh..

Lompat Jauh? Ada harapan ke nie..erm.

Namun, dengan riang hati menulis juga nama, apatah lagi sijil diberikan (hehe).

Tiba juga hari Sabtu petang yang redup.

Lompatan 1 untuk membuang 1 masalah.

Lompat kali kedua untuk membuang 2 masalah.

Lompatan kali ketiga untuk membuang semua masalah.




Lompatlah sejauh-jauh yang mungkin..

Akhirnya hati lega juga apabila tidak memikirkan lagi masalah yang timbul. Inilah yang dikatakan tidak langsung. Allah S.W.T memberi kita jalan penyelesaian kepada kita tanpa kita sedari.

Bagaimana dengan lompatan boleh menghilangkan rasa emosi yang teruk?

Sebab lompatan untuk membuang masalah itulah yang membawa kepada pingat perak dan berjaya menambah koleksi pingat di sini, agak riang juga apatah lagi masuk sebagai peserta tangkap muat.

Alhamdulillah apabila melihat pingat perak itu, cukuplah koleksi emas, perak, gangsa dan saguhati sepanjang 5 semester di sini.

Sudah tidak mahu memikirkan masalah yang dahulu, kerana ada banyak lagi rintangan di hadapan setiap hari.

Insya-Allah moga Allah S.W.T sentiasa meredhai apa jua perkara yang dilakukan selepas ini.

Monday, September 20, 2010

Kosong ( 0 )

Kembali semula ke kampus..

Terasa masa begitu cepat sahaja berlalu, dalam melalui kemeriahan Raya terpaksa pula kembali ke bumi Tanjung Malim.

Perjuangan yang belum selesai berbaki 2 tahun ini sememangnya terasa begitu lama. Setiap hari memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, letih pula untuk masuk ke kelas lagi malas untuk menyiapkan tugasan.

Dimanakah azam dan kekuatan yang diperolehi dahulu? waktu sekolah..guru ialah sumber inspirasi. Di sini berjuang seorang diri..

konsep berjuang dan perjuangan adalah sama. Kedua-duanya memerlukan usaha dan istiqamah yang berterusan.

Namun diri akhirnya makin tewas.

kian hanyut ditelan kesenangan hidup..kian lupa betapa dulunya begitu sukar untuk berada pada hari ini.



Mungkin juga sudah semakin "malas" untuk menulis lagi di sini. Biarlah ia sepi dahulu.

untuk bulan-bulan mendatang. Sesuai dengan jiwa pemiliknya yang masih sabut dalam serabut dan keserabutan.

sekian.

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Bercuti Rakan-Rakan


Nostalgia balik kampung akan direalisasikan hari ini.

Alhamdulillah dengan keredhaan Allah SWT dapat lagi menikmati 10 malam terakhir Ramadhan, yang merupakan malam di mana akan munculnya malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar. Ayuhlah kita sama-sama mengejar pahala beribadat pada malam itu. Insya-Allah.

Minggu ini pula merupakan minggu terakhir kuliah sebelum dibenarkan bercuti raya, lantas hati ini sudah pastinya teruja untuk pulang ke kampung. Walaupun telah perginya seorang insan tersayang, namun masih ada lagi seorang yang mampu membahagiakan diri apabila melihatnya di kg. Pastinya dia dan diri ini akan pergi juga menghadap Ilahi satu hari nanti, oleh itu sisa-sisa kehidupan bersamanya harus dimanfaatkan sepenuhnya.

kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini sama ada di SMK Felcra Bukit Kepong, SMK Labis dan UPSI, juga kepada bekas-bekas guru..di kesempatan ini ingin mengucapkan..



Selamat Menangisi Ramadhan yang akan pergi & Menyambut Lebaran dengan penuh kesederhanaan. Maaf Zahir dan Batin dipinta jika ada silap dan salah.

Sekian. Assalamualaikum.

p/s : Berkonvoi beramai-ramai di atas jalanan memang satu nostalgia. Semoga perjalanan pulang kami pada hari ini akan selamat sampai ke destinasi dituju tanpa sebarang musibah. Amin.

Sunday, August 29, 2010

KOMSAS DAN EDU 3046

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya masih tangan ini mampu menaip secebis putaran idea.

Minggu ke-7 kuliah sememangnya merasai beban tugasan yang berat dan sukar terutamannya bagi subjek Komsas ini.

Setiap tugasan perlu menyiapkan rancangan mengajar dan mengajar pula di hadapan kelas dan semua ini akan dinilai oleh pensyarah. Aduhai betapa peningnya, sakitnya dan sengsaranya untuk menyiapkan satu RPH dan juga ABM nya sekali.

Namun akhirnya mencuba yang terbaik dalam kumpulan.

Video dirakam dan diedit, aktiviti disusun dan dibaikpulih, set induksi memerlukan sekali lagi ke sungai samak..dan akhirnya..segala kerja keras kami..

“tahniah, satu pembentangan yang bagus, saya bagi kumpulan kamu 20/20 untuk tugasan kedua ini”

Alhamdulillah ... nampaknya kerja keras berbaloi juga..kepuasan dinikmati dan dikecapi.


sesi penggambaran

Bersyukur kepadanya..walaupun tugasan pertama agak mengecewakan, namun kami bangkit dari kesilapan.

Walaupun agak risau untuk “dikondem” lagi, namun kita hanya merancang, akhirnya Tuhan menentukan.

Dan untuk subjek EDU 3046 pula, ada kuiz pula petang ini namun masih lagi tidak menghafal mana-mana isi. Dan hanya tinggal 2 jam lebih sahaja lagi untuk mengambil kuiz tersebut, lalu diri hanya tawakal sahajalah sebab masa sudah “dicuri” untuk subjek Komsas.

Aduhai..mengantuknya.

Thursday, August 19, 2010

Haiwan pun ada perasaan


SEEKOR lembu jantan melompat keluar dari gelanggang ke tempat duduk penonton di arena Tafalla berhampiran Pamplona, Sepanyol, semalam. Seramai 30 penonton cedera apabila lembu itu mengejar dan menanduk mereka.

Terimalah balasan atas kekejaman menyeksa lembu tersebut. Sepanyol terkenal dengan aksi matador bersama lembu di dalam gelanggang yang dibina khas, dan kebiasaannya bagi "mengamukkan" lembu itu, lembu itu akan disakiti terlebih dahulu dengan kaedah2 tertentu.

lalu, terimalah balasannya wahai penonton yang kegembiraan menganiaya lembu itu.

Masya-Allah.

Ada Ilmu tapi tidak amal

Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah S.W.T dapatlah lagi melalui bulan mulia bulan penuh keberkatan bagi yang mengamalkannya.

Kali ketiga berpuasa di Tanjung Malim sebagai seorang musafir yang menuntut ilmu memerlukan diri lebih peka dalam mengatur masa seharian.

Tazkirah tarawikh hari ini sangat menarik perhatian kerana imam muda tersebut menyentuh soal aurat muslimat yang membeli juadah berbuka di bazar ramadhan KUO khususnya dan juga pasangan yang duduk ber”dua-dua”an di tepi sungai (bertentangan dengan kedai pizza depan KHAR).

Apabila berkata mengenai aurat, jika dilihat sekarang ini waima dimana-mana sahaja seperti pasar raya, kedai makan dan sebagainya kita tidak akan dapat lari dari melihat “aurat” wanita muslim. Malahan drama-drama televisyen juga aktif memaparkan pelakon yang “berbogel” dalam pakaian. Kita boleh lihat berapa kerat lah sangat pelakon-pelakon wanita yang menutup aurat ini?

Inilah manusia bila ada ilmu tetapi tidak amal.

Berbalik kepada mahasiswi yang membeli juadah di KUO, sebenarnya agak ramai juga yang berbaju lengan pendek walaupun mereka memakai tudung.

Apakah sebenarnya mereka tidak tahu akan batas-batas aurat mereka kepada yang bukan muhrim?

Agak mustahil tidak tahu kerana mereka ialah MAHASISWI UNIVERSITI. Pendidikan formal mereka sejak sekolah rendah lagi adakah langsung tiada menyentuh soal aurat?

Teringat pula ceramah Ustaz Kazim yang menyatakan bahawa pahala puasa lelaki akan menjadi “kurus” pada petang hari apabila mengunjungi Bazar Ramadhan. Ada benarnya kata-kata Ustaz.

Petang tadi pula ada seorang sahabat mengajak ke Bazar Ramadhan Tanjung Malim dan juga situasi yang sama berlaku. Di sana-sini wanita berpakaian mendedahkan aurat. Seolah-olah tiada lagi rasa “malu” dalam diri mereka. Sebaliknya mereka mungkin berasa “bangga” tubuh badan mereka menjadi perhatian. Kita seolah-olah sudah menjadi masyarakat yang mengamalkan gaya hidup bebas tanpa pegangan agama yang kukuh. Siapa yang akan tegur anak-anak muda yang tidak menutup aurat itu? Semuanya melihat sahaja seolah-olah meredhakan perbuatan terkutuk itu.

Di situlah pentingnya peranan Ibu Bapa dan juga guru-guru di sekolah. Kita manusia memang sentiasa pelupa dan atas dasar itulah kita perlu saling ingat-mengingati.

Lalu untuk mengetahui batas-batas aurat wanita ini, silalah baca artikel ini di ...

http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273-aurat-wanita-muslimah-menurut-syarak


Berlainan pula yang duduk berdua-duaan di tepi sungai. Jika kalian sudah sah bergelar suami isteri pun, ada batasnya bermesra di khalayak umum, apatah lagi dengan belum ada apa-apa perhubungan yang sah dari hukum syarak? Andai sungai itu mampu menghasilkan tsunami, mati kataklah di situ. Bahkan musibah itu tentunya akan menimpa bangunan KHAR juga bukan? Allah akan mendatangkan bala bukan hanya kepada yang melakukan kemungkaran, sebaliknya kepada semua masyarakat yang berada di dalam komuniti tersebut walaupun anda tidak melakukan kemungkaran tersebut. Jadi beringat-ingatlah kita sedang remaja kita kini sedang kembali ke era masyarakat jahiliah. Tidak percaya? Bacalah artikel ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mayatditemuicelahplastik/Article

tidakkah sama dengan masyarakat zaman jahilliah dulu yang menanam anak perempuan hidup-hidup? Tetapi masyarakat Melayu agak advanced lagi. Kan ini zaman moden? Tidak begitu?


Perkara ini hanyalah sekadar ulasan dan pandangan peribadi sahaja. Sebagai insan yang lemah, iman akan sentiasa diuji oleh syaitan yang dilaknat secara berterusan. Hanya kepada ALLAH tempat kita berlindunglah. Lalu pohonlah segera kepada-Nya.



Amin.

Sunday, August 8, 2010

HADIAH HARI JADI YANG TERBAIK UNTUK SAHABAT BAIK

Minggu lalu menerima panggilan telefon dari sahabat yang baru sahaja menghabiskan pengajian diplomanya di Kolej Kejururawan Ipoh (Kolej tajaan kerajaan (SPA)).

Sahabat ini menyatakan bahawa maklumat penempatan telahpun dikeluarkan dan dirinya telahpun ditempatkan di....

Hospital Melaka.

Dia diminta untuk melaporkan diri pada padi isnin 9/8 dan hari tersebut merupakan tarikh kelahirannya di muka bumi ini.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Mohd Hafiz Bin Ahmad Johari kerana memperolehi hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidup anda, kurniaan dari Ilahi.

Kami adalah rakan seperjuangan di sekolah, namun akhirnya memilih untuk membina kerjaya masing-masing dalam bidang yang berbeza.

Rakan yang sedia berkongsi susah dan senang, yang boleh berkongsi masalah dan juga seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan sahabat-sahabatnya yang lain.

Bukan mudah untuk mencari sahabat sebegini sedang rakan sama senang sangat ramai, bila susah masing-masing mencari alasan.

Tahniah kepada hafiz yang sememangnya menginginkan petempatan di Muar @ Melaka. Katanya mudah dan dekat untuk balik kampung (hehe ke ade si FR kat kampung tue Hafiz?)

Agak ralat juga memikirkan kebanyakan rakan-rakan sekolah sudahpun menghabiskan pengajian mereka sama ada diploma @pun Ijazah.

Agak terkesima juga melihat kebanyakan rakan-rakan yang sudah bekerja sudahpun mempunyai kereta sedang diri ini tiada apa-apa lagi.

Namun tidaklah pula sampai menyalahkan takdir. Tidak perlu rasanya.

Kerana setiap perkara yang berlaku tidak dijadikan sia-sia oleh-Nya.


Sahabat-sahabat baik yang sedang membina masa hadapan masing-masing.

Kisah Pagi itu...

Terasa agak mengantuk apabila menghadiri Seminar Suluk pada pagi sabtu itu.

Apatah lagi melihat bagaimana sesuatu bangsa itu diagung-agungkan melalui seminar sebegini. Perlukah sebenarnya?... Namun itulah yang mencorak norma kehidupan masyarakat kita.

Lalu mencari idea untuk melakukan perkara lain dan bingkas berbangkitlah kaki untuk ke perpustakaan Tuanku Bainun di bangunan bersebelahan.

Sebenarnya bukanlah hendak meminjam buku, tetapi terasa sangat tidak berminat pula untuk menyambung dengar seminar tersebut.

Menjelang 1 jam setengah di dalam perpustakaan, kaki pun dihayun untuk menuju ke pintu keluar.

“Eh, Cikgu Wahab????”

“Sir?”

“Eh, what are u doing here”

“I’m student here”

*Cikgu Wahab ialah Cikgu Muet dan P.Am, terpaksa pula ber”speaking”.

Lantas kami terus sahaja berbual-bual kosong sebentar. Siapa menjangka akan berjumpa dengan bekas guru di tempat pengajian ini. Malahan dengan diri ini baru sahaja selesai melakukan ROS, maka pastinya beliau tidak akan melupakan bekas muridnya ini.

Tidak lama kemudian, Cikgu Wahab meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap krisis pentadbiran yang berlaku di Sekolah dan keinginannya yang kuat untuk berhijrah kepada kerjaya pensyarah.

Tahun 2007 adalah tahun terakhir beliau diamanahkan untuk mengajar tingkatan 6, selepas itu beliau hanya mengajar menengah rendah sahaja. Sempat juga berjumpa dengannya usai sahaja keputusan STPM diumumkan dahulu dan pada waktu itu ada juga diluahkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.

“Kalaulah saya gagal mengajar kelas kamu dengan baik, takkanlah kamu mampu mencapai A?, siapa rakan sekelas kamu yang perempuan tue?”

“erm.. N****** ke?”

“aa yang gagal P.AM tue, dia bukan hendak belajar di dalam kelas”

Banyak juga perkara lain yang diluahkan pada pertemuan tidak terjangka ini, dan barulah benar-benar terbuka minda ini akan tugas guru bukan sahaja menghadapi cabaran di dalam kelas tetapi juga di luar kelas itu sendiri.

“Saya tak sabar nak habiskan pengajian Sarjana saya ni, saya nak bertukar ke tempat lain, tempat asal saya”

Dari riak muka cikgu Wahab, dapat difahami betapa bergeloranya perasaan dia waktu itu.

“Di sekolah saya langsung tiada waktu rehat, apatah lagi dirumah, waktu rehat saya yang sebenar ialah perjalanan menaiki bas dari tg.malim ke segamat”

Katanya sayu...

“Saya yang buat kerja, orang lain yang dapat nama”

Erm, apa lagi mampu dikatakan.

Diri ini hanya mampu menjadi pendengar yang baik, tidak pula memberikan nasihat kerana rasanya beliau hanya mahu meluahkan isi hatinya berkaitan isu-isu yang wujud dalam persekitaran pekerjaanya, iaitu di sekolah.

Zamri yang berada bersebelahan juga hanya diam membisu. Mendengar perbualan bermakna antara bekas guru dan murid. Ketajaman fikirannya tidak dinafikan jadi mungkin dia memahami isi-isi perbualan tersebut walaupun dia hanya mensedekahkan senyuman sekali sekala.

Tiba-tiba handset bergetar menandakan ada mesej baru masuk.

“wei cpat r mai audi, aku nak balik dh nie”

Lalu pertemuan tidak disangka ini tamat disitu.

“Cikgu nak study kt library?”

“ya saya banyak keje lagi nak siapkan, dalam pukul 5 nanti baru saya pergi stesen bas, kira-kira 10 ,11 malam nanti sampai lah labis”

Teringat kembali kata-kata Cikgu Wahab “itulah waktu rehat saya yang sebenar”

Meingatkan kembali zaman sekolah, terasa begitu menggembirakan. Apatah lagi di tingkatan 6.

Belajar di UPSI tidak terlalu menghiburkan berbanding zaman persekolahan. Erm..

Terima Cikgu Wahab kerana cikgulah saya mampu mendapat A+ subjek Pengajian Am.

Semoga Allah memberkati perjalanan hidup Cikgu Wahab. Semoga Allah merestui perjuangan Cikgu Wahab. Amin.


Gambar bersama Cikgu Wahab semasa menjalani latihan Ros di sekolah.

Monday, August 2, 2010

Bersyukurkah kita...

Usai sahaja bermain badminton pada malam tadi, kami berenam iaitu Badri, Azmil, Wan Zor, Due dan Shahir Sastera terus sahaja ke kedai makan pyior untuk menikmati air buah-buahan.

Memesan air "Nenas"..memang terasa nikmatnya. Alhamdulillah.

Rancak sahaja perbualan mereka pada malam itu.. sehinggalah .

"erm, x berapa sedaplah makanan kt kedai nie"

"demo rasa guano"

"sedap x sedap, yang penting dapat makan. itupun dah kira bersyukur sangat. Kau tau x, masyarakat di negara S****(negara miskin Africa), purata mereka makan hanya sekali dalam seminggu"

"sekali dalam seminggu?"

"bersyukur sangat kita lahir di Malaysia, dan sebagai seorang Islam"

"bersyukur aku"


Biasalah manusia, kadang-kadang bila sesuatu itu tidak menepati citarasa kita, mudah sahaja untuk kita mengkritik dan memberikan komen negatif..

mungkin kita terlalu banyak pilihan dalam hidup ini.

namun..

manusia-manusia di bawah ini tidak mampu untuk membuat pilihan dalam hidup mereka..


Berilah kami makanan , namun kita pula membuang makanan begitu sahaja



berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


Menagih simpati yang sia-sia



Apa lagi yang boleh dikatakan melihat si kecil yang kelaparan


Kita diberi pelbagai nikmat yang tidak terhingga dan Allah memilih kita untuk merasai nikmat-nikmat itu dan sebaliknya bagi insan-insan di dalam gambar tersebut.

Namun sejauh mana kita bersyukur dalam kehidupan kita?

Sebaliknya setiap hari kita merungut, merungut dan merungut.

Andai satu hari nanti semua nikmat yang sedang kita perolehi ini ditarik balik oleh yang Maha Esa..masih sempatkah kita untuk berkata..

"bersyukurnya aku tinggal di bumi Malaysia ini"

kita sama-sama saling ingat mengingati..

sekian.

Saturday, July 31, 2010

Teachers too soft on students?

Gone are the days when children were afraid of telling their parents about the punishment they received in school, for fear of being scolded at home. Many teachers today are loathe to punish students for fear of retaliation from parents and students themselves. Is this why students are more indisciplined these days?


MANY years ago, there used to be pin-drop silence in classrooms on report card day. Today, teachers and parents struggle to hear each other over the chaos caused by noisy students. Teachers don't do much except say, "keep quiet!" and this, too, is usually ignored.

Somewhere along the way, the tables have turned. Are our school teachers adopting a more relaxed attitude?

The method of disciplining now is different, acknowledges the National Union of the Teaching Profession.


Its president, Hashim Adnan, says: "There is no such punishment as standing on the chair any more. What if the child falls? What happens if a child starts vomiting after he or she is made to run around the school field?

"Among the thousands, one or two may use the old method of pulling the ears, but the younger teachers don't do this any more.

"During staff meetings, teachers are told not to touch the students. If there is a problem, it should be the principal who handles things. This is the usual advice, especially to new male teachers who may get angry very fast. Students can be corrected verbally without using harsh words."

He says proper guidelines should be followed when disciplining students.

"The rules may differ from one school to another. Basically, teachers can take action but they must follow the rules. For instance, girls are not to be hit with the rod. Boys who have disciplinary problems should be warned a few times and their parents consulted. If there are still problems, they can be caned in the headmaster or discipline master's room, but never in public."

Teachers and principals, Hashim says, should take record of all warnings.

"The police have their guidelines. The first thing that will be asked if there is a complaint is whether the school has followed the step-by-step rulings."

Retired teachers say the method of disciplining now is different for a number of reasons. Sabbir Ali Hussin, 62, says the current system does little to support teachers.

"If a teacher takes action against a child who has misbehaved, there is usually someone who files a complaint, resulting in the teacher being demoralised. Discipline has not deteriorated over the years, but interference from outside has increased. That's why some teachers have adopted a tidak apa (don't care) approach.

"Teachers are also under a lot of pressure. Most teachers have to move between six classes of 40 students each, that is a total of 240 different minds to handle. Some schools have over 3,000 students. How do you control that?

"There needs to be a separate department to handle registration and disciplinary issues. A teacher's task is to impart knowledge, not to stand at the front gate to catch students who come late or penalise those who are not wearing name tags."

Retired school principal William Doraisamy says problems in schools have not changed, but the nature of discipline has.

"Normal offences such as stealing, gangsterism, cheating during exams, destroying property, truancy and distribution of porn have been around for decades, but now it's more widespread.

"Students are indisciplined in a more sophisticated way. Their minds and hearts have not changed, but they have become bolder."

He says there are many factors contributing to this and the problem is "almost irreparable".

"The social scenario in schools is evolving. Everything is exam-oriented, sometimes at the expense of discipline. Many teachers focus their attention on academic results instead of moral values. Often, discipline is left to the disciplinary board when it should be the duty of every teacher."

Parents, media and the Internet, he says, are also partly to blame for the rise in school disciplinary problems.

"Many parents have neglected teaching their children the importance of social etiquette. Children are not taught to respect their elders or property, causing many to be rebellious.

"There is also an increasing number of parents who criticise teachers in front of their children. Calling teachers bodoh (stupid) causes children to lose respect for teachers. Many websites and television programmes don't teach good values. As a result, children are more boisterous and answer back."

If this is so, should discipline methods be more "harsh"?

Counsellor Major Tarlochan Singh believes that the emotional well-being of a child should always be taken into account.

"I believe punishment should be based on the severity of the problem. Caning should only be carried out if the child has done something really bad.

"Furthermore, parents should be notified based on proof and they must be informed of the type of punishment. I believe that punishment should be done in a controlled environment. Done by correct people and in the right setting, the punishment will be accepted by the child and parents."

Read more: Teachers too soft on students? http://www.nst.com.my/nst/articles/01avschool/Article/#ixzz0vKTeD0fl

*****************

"Relaxing" teacher will influence attitude among student, can not be denied again because students today do not respect their teachers more.

For potential teachers, take the mental and physical to be a teacher..

Wednesday, July 28, 2010

Kadang kala kita alpa..



Kealaman dengan segala kerahsiaan

dan kedirian dengan segala kerahsiaannya itu

menunjangkan suatu ikatan yang amat akrab

dan sukar dipisahkan..

tidak ubah seperti..

gula dengan kemanisannya,

garam dengan kemasinannya,

dan

seruntun dengan kepahitannya..

Kedua-duanya bukan sahaja tidak dapat direnggangkan

sampai bila-bila

tetapi juga..

akan sebati menjadi satu

diri adalah alam..

alam adalah diri..

tanah yang menumbuhi benih

dan

yang sering kita henyak dengan kaki kita sendiri

dan

kaya dengan cacing-cacing itu

adalah juga elemen diri kita

yang

merupakan warisan kita

dan

asal usul kita

dan

juga akhirnya kita

akan kembali kepada....

.......

......

tanah.



Sahabat : Antara memimipin atau menghancurkan..atau saling menghancurkan



Pasangan hidup : Antara membimbing atau membinasakan..atau saling membinasa.

Saturday, July 24, 2010

Hensem vs Tidak Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap = woow,cool giler...


kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap = eh eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap = nobody's perfect


kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap = memang....muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong
Perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap = wah..machonya..macam hero filem!


kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap = entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap = sepadan sangat...


kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap = mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan cakap = jangan sedih, kan saya ada..


kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan cakap = ...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah,patutlah, tengok saja luarannya).


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap = perasaannya halus...penuh kasih sayang







kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap = sesama keluarga memang harus menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap = matching...hebat luar dalam


kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap = bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap = pasti takut kalau2 gambarnya tersebar


kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap = tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap = ini barulah lelaki gentlemen


kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap = naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap = let me be your shoulder to cry on


kalau lelaki takhandsome bersedih hati
perempuan akan cakap = kuat nangis!! lelaki ke bukan ni


**Diambil dari sesawang sembang forum pelajar IPG.

*----------------------------------------------------------------------------------*

Fakta ataupun tidak, sudah menjadi lumrah alam manusia mengukur manusia berdasarkan rupa.

Jejaka yang berasa mereka hensem akan mempunyai keyakinan yang tinggi, berbanding dengan yang merasakan diri mereka tidak hensem. Begitu juga dalam kes wanita.

Lazimnya wanita yang perasan mereka cantik akan membina kumpulan mereka yang tersendiri dan tidak bercampur dengan mereka yang kurang cantik (berdasarkan pemerhatian di sekolah)manakala si Lelaki yang perasan hensem pula akan mempunyai sifat riak untuk menonjolkan teman wanita mereka yang kononnya cantik.

lalu untuk kita renungkan..apalah sangat dengan rupa kita di dunia ini..

cantikkah kita?hensemkah kita? tidak hensemkah kita semuanya sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t kerana kita tidak layak memilihnya. kita juga tidak layak untuk memilih siapa ibu bapa kita sebelum lahir ke dunia.

Lalu untuk apa kita dibezakan antara cantik dan hodoh? antara hensem dan tidak hensem..

semuanya adalah sama..iaitu tidak berkekalan sebaliknya nikmat "rupa" ini akan ditarik balik satu masa nanti.

Jika kita dikurniakan rupa yang hensem/cantik maka bersyukurlah dan jika tidak sekalipun..bersabarlah.

Allah Maha Adil. Sesuatu perkara tidak akan dijadikan dengan sia-sia..

cantik pada muka tapi buruk pada perangai pun tiada gunanya.
hensem pada muka tapi buruk pada agama pun lagi teruknya.

kepada yang kurang@tidak hensem/cantik di luar sana, kita tidak usahlah lagi merendah diri dalam melalui kehidupan sehari-hari yang mendatang.

Kita jgan pedulikan apa manusia fikir, mereka tidak layak mengadili kita..

sebaliknya kita fikir apa yang Allah akan berikan pada kesabaran kita nanti..

sekian.

Thursday, July 15, 2010

Petrol naik 5 sen, gula 25 sen

*Harian Metro Online*

2010/07/15

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.


Sementara gula aakan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Setiap orang harus dan mesti tahu kesan gula yang banyak negatif dari positif. Harga makin naik tapi kita pun makin banyak guna. Langkah terbaik kurangilah penggunaan gula dalam kehidupan. Dari kita hendak merungut dan ber"demonstransi" tentang kenaikan harga barang, hanya penat kita dapat.. Baik duduk rumah lagi bagus. Orang kita ini suka merungut, tidak suka bersyukur bukan?


tapi yang tidak bagusnya ialah :



Perkara berkaitan petrol memang sensitif kerana petrol merupakan keperluan utama untuk berjuta-juta kenderaan di Malaysia. Kesan kenaikan ini berlaku juga pada diri terutamanya semester ini kelas begitu banyak dan kerap di Proton City. Alamak larilah bajet untuk minyak sahaja..belum lagi kos2 lain. Ahli-Ahli Parlimen Malaysia yang bodoh sombong akan berkata "kenaikan ini tidak akan meyusahkan rakyat"..


"Tidak menyusahkan rakyat"?

Fikir2kanlah sendiri apabila boleh berfikir.

sekian.

Tuesday, July 13, 2010

Mahasiswa Dan Hedonisme

* Muzik & lagu,

* Konsert & artis,

* Permainan berkomputer & Playstation,

* Friendster & Facebook,

* Video & DVD,

* Majalah & blog hiburan,

* MP3 & Youtube,

* Pesta & keramaian,

dan pelbagai lagi perkara seumpamanya.



Semuanya nampak ‘familiar’ bukan? Majoriti daripada mahasiswa berada dalam usia remaja, semua yang disenaraikan di atas seakan sinonim dengan kita semua. Malah senarai seumpamanya mungkin lebih panjang. Cuba perhatikan, apa ciri-ciri yang tersurat dan tersirat dari senarai di atas. Hiburan, ‘entertainment’, santai dan sebagainya adalah nama yang diletakkan untuk menyatakan perilaku di atas. Namun kesemua di atas boleh dirangkumi dalam kelompok sosial yang dipanggil ‘hedonisme’.



‘Hedonisme’ - Apakah dia sebenarnya.



Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’. Sebagaimana ‘isme-isme’ yang lain seperti sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain, ‘isme’ itu menggambarkan pegangan dan cara hidup. Mereka yang terjebak dengan hedonisme mengikat diri mereka dengan hiburan sebaik celik mata hinggalah menutup mata.



Kita semua menyedari bahawa Islam itu syumul, lengkap dan menyeluruh. Islam tidak hanya ditafsirkan dari sudut ibadah dan ritual semata-mata. Islam itu Ad-Deen. Islam itu sebagai cara hidup. Lengkap dari pelbagai sudut dan aspek. Sebagai seorang Islam, mengapa harus menerima pakai ‘isme-isme’ yang lain.



Bagi mereka yang cenderung kepada hedonisme, hidupnya diwarnai dengan hiburan. Pagi beralih ke tengah hari, senja menyongsong petang, malam semakin pekat - hiburan demi hiburan menjadi peneman. Dari tv, radio, perisian komputer, aplikasi internet hinggalah ke buku dan majalah, semuanya berbaur hiburan. Sebagai seorang Islam, apatah lagi berada dalam status sebagai mahasiswa yang berpengetahuan, tidak sukar untuk membezakan yang mana yang dinisbatkan sebagai hedonisme dan mana yang tidak.



Diakui, lahiriah manusia amat gemar kepada hiburan dan perayaan. Menjadi norma setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai perayaan-perayaannya yang tersendiri. Lazimnya perayaan ini diiringi dengan pesta dan keramaian. Pelbagai jenis hiburan dipertontonkan. Tataan tarian, nyanyian dan iringan muzik dipersembahkan. Malah ada sesetengahnya yang melangkaui lebih jauh dari itu. Tidak cukup dengan halwa lidah dan halwa telinga, nafsu para hadirin dijamu dengan tubuh dan badan. Na ‘au’zubillah.

Berbeza dengan Islam, Allah Ta’ala mensyariatkan agar umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perayaan-perayaan ini mempunyai hikmah dan pengertian yang tersendiri selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu. Malah di dalam buku-buku yang menerangkan tentang hukum fekah, jelas diterangkan jenis hiburan dan jenis alat muzik yang dibenarkan dalam Islam. Ini jelas menunjukkan betapa agama Islam turut memberikan ruang dan peluang untuk para penganutnya berhibur asalkan tidak ‘lagha’ (lalai) dan bertentangan dengan hukum syarak.



Hedonisme - Jarum Terhalus Zionis



Menyorot semula sejarah permulaan keruntuhan moral masyarakat moden, titik hitamnya bermula dengan wujudnya Protokol Zionis. Kata sepakat dicapai oleh cendekiawan dan pemikir bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl. Kongres ini berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897. Selama lebih dari 113 tahun lamanya, bangsa Yahudi melaksanakan kesemua 24 protokol yang turut dikenali sebagai ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setiap protokol mempunyai pelan khusus pelaksanaannya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang menganggotai Freemason dan Iluminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang menjadi hujung tombak golongan Zionis.



Lalu apa kaitannya antara Protokol Yahudi dengan hedonisme? Penerangan tentang Protokol Kesepuluh dapat memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Ia dicatatkan antaranya sebagai berikut:-



‘Pemikiran liberalisme akan ditanam dalam minda pemimpin negara-negara bukan Yahudi. Akibatnya kestabilan politik menjadi goyang dan pilihanraya dapat diatur. Kemenangan akan disusun agar pemimpin-pemimpin yang cenderung kepada Zionis akan beroleh kemenangan. Maka semua perancangan Yahudi akan dapat dilaksanakan olehnya’.



Protokol kesepuluh, telah diterjemahkan pelaksanaannya dan didakwa oleh sesetengah pihak sebagai elemen-elemen yang menyokong dan melicinkan penyerapan doktrin hedonisme dalam masyarakat. Terdapat lapan perkara yang diterapkan agar menjadi budaya dalam kalangan orang-orang bukan Yahudi. Lapan perkara ini diakronimkan dengan ‘4S & 4F’. Song, seks, smoke (rokok) dan sport dikelompok dalam 4S manakala fun (hiburan)’, female (perempuan), fashion, dan food. Semuanya ditujukan khusus untuk anak-anak muda dan remaja yang menjadi generasi pelapis umat. Hasil dari peranan media massa yang dikuasai oleh golongan Zionis ini maka kesemua perkara ini seolah-olah menjadi budaya moden di seluruh dunia. Kemajuan sesebuah masyarakat diukur dari segi keterbukaan masyarakat menerima dan mengasimilisasikan kesemua 4S & 4F ini.



Mungkin pada mata kasar mahasiswa sekalian, 4S & 4F ini adalah perkara biasa yang telah menjadi realiti dalam masyarakat Malaysia. Ia telah bertapak bertahun-tahun lamanya dalam masyarakat Malaysia. Maka, mungkin timbul pertanyaan di hati kita :-



* 4S & 4F, takkan tak biasa kot?”

* “Patutkah kita meminggirkannya?”

* ”Bukankah ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita?”

Jika persoalan-persoalan ini timbul difikiran kita, maka percayalah bahawa matlamat Protokol Kesepuluh ini telah mengakar umbi dalam kehidupan kita tanpa disedari. Cuba kita bayangkan anak-anak muda Islam hanyut dalam dunia hiburan. Tidak cukup penyanyi dan pemuzik dipuja-puja, ramai pula yang berangan-angan dan berusaha untuk menjadi sebahagian darinya. Lagu-lagu digubah untuk menaikkan nama dan imej.



Pelbagai fesyen direka agar kelihatan lain dari yang lain. Rokok sentiasa tersepit di bibir atau dikepit di jari. Promosi-promosi pun berlangsung agar ia menjadi ikutan. Cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu dan berbentuk zina dihebohkan. Masing-masing merelakan diri menjadi bahan gossip. Bercinta pun heboh, berkahwin biar lebih ‘glamour’ dari yang lain dan bercerai-berai biar lagi kecoh. Lebih panas lebih hebat. Wartawan-wartawan diupah untuk memanaskan keadaan. Untuk tidak nampak ketinggalan dan dianggap kolot, makanan Barat dijamah dan arak diteguk. Pub dan disko dikunjungi. Lebih ‘power’ jika terlibat dengan najis dadah. Hidup berselubung dengan maksiat. Namun ini adalah realiti dalam dunia hiburan dan dunia sukan.



Para peminat yang rendah akal ternganga dan melopong melihat betapa gah, glamour dan terkenalnya artis dan ahli sukan pujaan. Gambar, cerita dan berita sensasi mengenai kehidupan mereka dipaparkan di televisyen, majalah, blog dan suratkhabar. Hidup mereka digambarkan sebagai moden, kontemporari dan mewah. Maka ramailah terpengaruh untuk mengikut jejak langkah mereka. Bagi remaja dan anak-anak muda, tidak dapat jadi artis dan ahli sukan pun, dapat meniru fesyen mereka pun jadilah. Maka kesan protokol Yahudi yang kesepuluhs ini berjaya sampai ke ruang tamu rumah kita tanpa disedari.



Untuk menjelaskan lagi betapa pentingnya hedonisme ini menjadi urat nadi manusia, Yahudi Zionis memberi penekanan sekali lagi sebagaimana yang terkandung dalam Protokol Ke-13 yang antara lain bermaksud seperti berikut:-



‘Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cediakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka. Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan & dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat’.



Lalu, apakah tindakan kita?



Mahasiswa sekalian boleh melihat dan memahami dengan jelas, semua perancangan dan pelan pelaksanaan yang dirangka oleh Yahudi Zionis. Semuanya telah menjadi budaya dan sebahagian dari denyut nadi masyarakat hari ini. Apakah tindakan yang harus dilaksanakan? Patutkah kita menongkah dan menentang arus atau memilih untuk berpeluk tubuh mendiamkan diri. Atau mungkin lebih malang, ikut hanyut bersama gejala-gejala yang sungguh merosakkan ini.



Asas utama untuk bertindak adalah dengan menyedarkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang kita kasihi. Ambillah langkah pertama dengan menjauhkan diri sedikit demi sedikit dari cengkaman budaya hedonisme. Jauhkan diri dari membeli dan mengikuti berita-berita yang bersifat hiburan. Jauhkan diri dari terikut-ikut dengan fesyen terkini dan bermusim sifatnya. Jauhkan diri dari rokok dan perkara-perkara yang seumpamanya. Mungkin timbul persoalan, apakah alternatif selain dari hiburan?



Jawapannya cukup mudah Islam telah lama menyediakan jalan hiburan yang bersesuaian. Malah hiburan yang paling menarik dan berterusan sifatnya adalah penerokaan ilmu. Ia sesuai dengan realiti kehidupan mahasiswa. Jadikan penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang ini sebagai satu budaya. Habiskan waktu yang ada dengan mempelajari ilmu, memperkembangkannya dan menyebarkannya sejauh dan semampu yang boleh. Bentukkanlah peribadi, ketrampilan dan gandingkan amal ibadat dengan ilmu. Jadikan diri anda seorang da’i. Berusahalah untuk mencapai tahap ‘murabbi’.



Lakukan ini dengan niat ikhlas kerana Allah Ta’ala. Percayalah mahasiswa sekalian. Ia sangat bermanfaat. Di dunia dengan izin Allah Ta’ala, anda akan beroleh penghormatan dari orang lain dan menjadi sumber rujukan. Di alam barzakh ia menjadi bekalan yang tidak putus-putus dan menjadi sandaran untuk anda mengetuk pintu syurga yang kekal dan abadi. Insya Allah.

Oleh: Hj. Muhammad Fauzi Khalid (Blog Penyuburan Islam UPSI).

Semoga kita akan dapat petunjuk baru di dalam kehidupan dan semua ini berlaku dengan Izin-Nya.

Sekian.

Tuesday, July 6, 2010

"Ayah! saya dah bersedia..."

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"




Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.



Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

sekian.

Friday, July 2, 2010

Selamat Datang.....

Sememangnya kelahiran cucu ketiga ini sangat dinanti-nantikan. Setelah memiliki dua orang cucu perempuan, pastinya hendak pula mendapat anak saudara dari jantina lelaki. Namun...

Pada 22/6 lepas lahirlah seorang lagi ahli keluarga kami, yang akan meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah kelak seperti kita sebagai manusia pada hari ini.


Siti Nafisah

Kelahiran beliau telah memeriahkan lagi isi rumah yang sememangnya tidak sunyi dengan kehadiran kakak-kakaknya.


Siti Nadzirah dan Siti Najihah

Mereka berdua ini sememangya pantang melihat pakcik-pakcik mereka memegang kunci motor dam kereta, pastinya akan bertenggek di depan dan belakang keran hobi mereka ialah berjalan-jalan.

Suasana rumah akan berasa sunyi jika mereka tidur di rumah atuk sebelah ibu mereka.

Walaupun kami juga menanti kehadiran cucu lelaki yang pertama, tetapi mungkin tiada rezeki untuk Kak Nurul yang keguguran di saat kandungannya baru beberapa minggu disahkan.

Apa-apapun, legasi manusia tetap diteruskan dengan kelahiran bayi baru hari demi hari. Tetapi adakah kita kini semakin melahirkan generasi yang rosak akhlaknya.

Jawapannya ialah Ya kerana majoriti golongan muda hari ini ialah golongan yang mengabaikan tuntutan agama dan menjadikan dunia lebih utama dari akhirat.

Kita fikirkanlah kerana kita punyai mata untuk memerhati.

Sekian.

Monday, May 31, 2010

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan,
Kini Aku Merasakan,
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan,

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Thursday, April 15, 2010

Rompakan Terbesar di Dunia

Peperiksaan Akhir Semester

Diam x diam, dah 2 tahun berada di Tanjung Malim menuntut ilmu..untuk bekalan masa hadapan, x kiralah walau apa jua bidang yang akan d ceburi kelak...

Peperiksaan datang lagi..sememangnya terasa tidak mahu mengharungi mingggu peperiksaan, kerana tekanan dtang begitu hebat..

Sudah semester 4, maka ada lagi 4 semester...akan ada lagi tugasan kerja, akan ada lagi minggu peperiksaan.. namun, hidup sebagai pelajar tidak banyak pilihan...




Semester akan dtang akan bertambah lagi hebat dugaan dan cabaran... kehidupan sebagai pelajar UPSI akan memasuki fasa ke-2... sem 5 hingga 8 akan bermulalah cabaran yang sebenar dalam usaha merangkul segulung ijazah..

dan juga....erm..

kepada rakan-rakan yang akan menjawab peperiksaan..

Selamat Berjaya dan mencapai kejayaan yang cemerlang kelak..amin.


Friday, April 9, 2010

6 perkara yang disembunyikan oleh ALLAH S.W.T

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."




Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam...

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails