Friday, November 12, 2010

NILAI RM 1




Semasa sedang menunggu giliran anak saudara yang ingin mendapatkan rawatan untuk telinganya di Klinik Kesihatan Labis, muncul pula seorang belia remaja yang dalam lingkungan tua setahun atau dua dari saya mendaftar di kaunter pendaftaran klinik.

RM 1, encik?
(Pendaftaran baru memerlukan bayaran RM 1 bagi pesakit yang belum pernah mendaftar )

Melihat pemuda tersebut terkial-kial menyeluk kocek dengan wajahnya yang agak terkejut.

“Saya ada syiling 80 sen je, kurang 20 sen” jawab pemuda itu sambil tersengih.

“Erm tak apalah, simpan jelah duit tue” kata penjaga kaunter.

“saya ingatkan free”...balas pemuda tersebut.

Saya dan emak saling berpaling. Lalu saya tersenyum..

Bukan tersenyum untuk menyindir pemuda tersebut tiada wang yang mencukupi RM 1., tetapi senyum akan betapa bukankah RM 1.00 kini sudah tiada lagi peranannya yang besar dalam kehidupan ini?

Dan peristiwa ini benar-benar mengajar saya akan satu perkara.

Jika difikirkan, dalam dompet saya waktu itu ada wang tunai yang melebihi RM 1, akaun bank saya juga ada simpanan yang melebihi RM 1, malahan biasiswa saya juga masih berbaki atas RM 1.

Dan disebabkan oleh semua perkara itulah, saya jarang memandang betapa bernilainya RM 1 itu pada diri saya.

Bukan saya sahaja, anda mungkin sama.

Jika anda menganggap RM 1 sangat bernilai, anda tidak akan menjadikan RM 1 sebagai duit raya yang selalu dberikan kepada anak-anak buah dan lain-lain, tetapilah anda berikanlah RM 50..

Jika anda menganggap RM 1 sebagai sangat bernilai, kita tidak akan melipat duit RM 1 itu sebagai gubahan bunga dan diletakkan bersama bunga plastik dan diselit di baju semasa majlis-majlis perkahwinan.



Jika kita menganggap RM 1 itu sangat bernilai, pastinya kita akan merancang dengan lebih teliti apa yang perlu dibeli dengan RM 1 itu.

Bagi pemuda itu..

Saya merasakan RM 1 adalah sangat bernilai untuknya.

Kerana mustahil dia tidak membawa wang jika bergerak keluar rumah, apatah lagi jika keluar ke pekan.

Bayangkan jika anda ke pasar malam atau pusat beli belah tetapi di poket anda hanya ada 50 sen, mahukah anda pergi?
Mungkin pergi tetapi dengan hati yang rawan dan gelisah sebab memikirkan tiada duit!!

Akhirnya saya sedar, saya kini sudah menjadi hamba duit secara tidak langsung.

Ibarat “ no money no talk” ..haha.

Saya memang risau jika cuti sem nanti saya tiada duit sebab saya perlu membayar untuk bermain badminton setiap minggu ataupun keluar minum bersama rakan-rakan di kampung.

Saya memang risau jika tiada duit pada awal sem disebabkan biasiswa yang masuk lambat dan tiada duit yang banyak untuk membeli barang-barang keperluan.

Lalu saya fikir, akhirnya mengapalah saya perlu risau pasal duit..

Mengapalah asyik duit, duit, dan duit..





Adalah lebih baik memikirkan bagaimana untuk memastikan hati ini tetap istiqamah pada jalan Allah.

Sebab rezeki kita Allah sudah tentukan sejak azali, kita risau kerana syaitan telah membisikkan perasaan was-was kepada kita.

Kita diberikan nikmat untuk menikmati lebih RM 1 dalam kehidupan semalam dan hari ini.




Hargailah kerana nikmat itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Jika anda melalui situasi seperti pemuda tadi, adakah anda akan berasa MALU?

Sekian.

4 comments:

  1. hm... kini RM1 memang telah menjadi kos perubatan...mubkin kerana kemajuan yang telah dikecapi menyebabkan peningkatan kos tersebut...
    dahulunya 'free' semata-mata...
    tetapi, emak saya selalu 'follow up' di klinik bukit serampang...setiap kali datang, maka setiap kali itulah RM1 perlu dibayar di kaunter pendaftaran..
    RM1 memang berharga...10sen juga berharga...tetapi kita tidak perlu menjadi hamba wang,sebaliknya jadilah hamba ALLAH yang soleh dan solehah.
    buat saudara Amri, usahlah risau...jika kamu ada kesesakan,saya sedia membantu anda atas dasar setiakawan..
    kita kadang-kadang dia atas...kadang-kadang di bawah..jadi kenalah saling bantu-membantu...

    ReplyDelete
  2. ouh, ingatkan RM 1 itu hanya sekali seumur hidup =)..
    Anda juga menjadi hamba wang tanpa anda sedari, percayalah sebab anda pasti akan sesak tanpa duit, bukan begitu?

    dan disebabkan saudara Hafiz sudah pun bekerjaya tetap dengan imbuhan gaji yang agak lumayan.. bolehlah meminjam RM 1 dengan anda =)..

    ReplyDelete
  3. wah sy juga mahu dibantu mr hafiz... huhuhu

    nice writing ^_^

    keep it up
    (lately aku dah mls sgt mnulis, dok merayau2 baca blog org jela...) so then jgn brhnti mnulis yekk..

    ReplyDelete
  4. Jadi mr hafiz selepas ini bolehlah membuat perusahaan pinjaman duit.. haha

    Insya-Allah semoga penulisan akan datang menjadi lebih matang dan wajar..

    Ramlah patutlah blog kau dah sunyi dan sepi je..mungkin tuannya sibuk dan letih dengan pekerjaan seharian =)..

    ReplyDelete

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails