Sunday, February 13, 2011

Perkongsian Rasa

Alhamdulillah..sudah minggu kelima berkuliah. Walaupun terasa sangat dan begitu terbeban dengan tugasan yang diberikan pensyarah, namun akhirnya perlu juga menyiapkannya.

Sudah agak lama membiarkan blog ini sunyi walaupun entah ada ke tidak pengunjung di sini.




Minggu ini secara tidak sengaja, telah melayari blog dua orang pelajar UPSI yang saya kiranya ialah pelajar-pelajar junior. Umumnya hanya ingin berkongsi cara penulisan mereka. Kedua-duanya cantik manis tetapi sayangnya bahasa mereka sungguh tidak sopan. Menggunakan perkataan yang mencarut seperti bab*, banga**, bod** dan sebagainya membuatkan saya terkejut kerana mereka ialah bakal guru yang akan mendidik anak bangsa.

Malah salah seorang mereka dengan terang-terangan mengutuk pak guard sebagai bang***.

Aduhaii sedih betul melihat perangai manusia yang sebegini. Mereka adalah wanita sedang kami yang kerap pulang lewat bermain futsal dan dimarahi pak guard pun masih tak sampai hati nak kata pak guard sebagai bang***.

Ini adalah isu moraliti dalam masyarakat. Bagaimana mereka mempelajari perkataan mencarut itu tidak penting, tetapi yang penting mengapa mereka mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Jika saya ada anak dan mereka inilah yang mengajar anak saya di sekolah, pastinya saya akah segera menukarkan anak saya ke sekolah lain. Tetapi bagaimana kita mahu menduga perkara seperti ini.

Malahan kini, semakin ramai pelajar-pelajar wanita UPSI yang berpakaian tidak menutup aurat sewaktu keluar makan di sekitar kedai-kedai di kolej kediaman. Jika dahulu masa saya di Tahun 1, saya melihat pakaian mahasiswi cukup beradab namun kini? Bersepah-sepah yang menayangkan aurat mereka.

Malahan sewaktu menghadiri kuliah maghrib di Ulu Bernam, penceramah telah mengatakan pelajar UPSI kini dilihat semakin kerap berpeleseran dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan batas-batas agama.

Guru ialah Muallim. Guru ialah Murabbi. Namun jika beginilah perangai bakal-bakal guru, ianya sama dengan pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”..

Saya bukanlah manusia yang sempurna, namun saya berusaha untuk mematuhi batasan agama.



Sedih sungguh melihat mahasiswa berpelakuan begini. Ada otak yang bijak pandai tetapi tak mahu gunakannya. Bukankah itu dikatakan “kurang pandai”.... layakkah mereka bergelar mahasiswa? Sedangkan masih lagi tidak dapat membezakan mana yang boleh dan tak wajar dilakukan..

Muhasabah diri..itu perlu. Dan saya sentiasa cuba lakukan itu. Anda juga boleh.

3 comments:

  1. ini yang dikatakan mahasiswa/wi kurang kualiti tetapi lebih kurang ajarnya....
    ramai orang tidak sedar yang sistem pendidikan di Malaysia ini adalah sistem pendidikan yang terbaik di dunia...
    sistem pendidikan kita melahirkan insan yang cerdik pandai tetapi mengalami masalah besar apabila ilmu didalami menggunakan otak sahaja tetapi tidak melalui hati...
    belajar haru s,elalui otak dan hati barulah ilmu itu kekal... semoga Allah S.W.T. memberkati dan merahmati kedua mahasiswa tersebut....

    ReplyDelete
  2. Ya..itu aku akui..Di sini cuma ada kuantiti tetapi kurang kualitinya..

    Mereka, saya ada dan anda harus jelas akan tujuan sebenar ilmu itu dipelajari..

    bukan sekadar untuk pekerjaan dan urusan dunia..

    tetapi itu juga adalah satu jihad..

    namun jihad itu akan menjadi sia-sia jika nawaitu itu sudah salah dan terpesong..

    terpesong yang bagaimana? bila riak dan ujub sudah bertakhta..itulah kesannya syirik kecil ini.

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya manusia sekarang kena selalu muhasabbah diri dan berasa syukur dan sedar akan tugas mereka berjihad menggunakan ilmu Allah s.w.t.

    ReplyDelete

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails