Showing posts with label Mahasiswa Gemilang. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa Gemilang. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Getirnya menjadi seorang "Cikgu"

Menjejakkan kaki dan diri ke SMK Tinggi Port Dickson bukan sebagai pelajar, memang merupakan satu beban yang bukan mudah.

Apatah lagi apabila diberi amanah menjaga kelas paling hujung dari 9 kelas, memerlukan minda dan mental sentiasa perlu bersedia dengan pelbagai karenah yang pelbagai ragam.


Sekolah bakti dicurahkan.

mulanya terasa sungguh tekanan di bahu, ibarat memikul sebuah gunung tak bernama. Terasa mahu juga berhenti dari laluan sebagai pendidik ini.

Namun, berkat "tepu" memarahi pelajar, akhirnya menyedari bahawa mereka juga sebenarnya mahu perhatian yang lebih.

"bukan kerana malas belajar, tetapi tidak mahu belajar". itu yang perlu guru bijak merencana bagi pelajar kelas belakang.

Mereka sentiasa saja diberi pandangan negatif.Pemalas,melawan kata, suka tidur, tak buat kerja rumah, menjejaskan prestasi sekolah".

Namun guru juga perlu sedar. Mereka juga perlu membina apa yang dipanggil masa depan. Jangan mengajar terlalu berorientasikan peperiksaan bagi kelas seperti ini.

sebaliknya melihat konteks pengisian ilmu itu sama ada boleh difahami oleh mereka atau tidak.bermaknanya, cara penyampaian guru juga perlulah dipermudahkan dan diberikan satu persatu.

walaupun tugas itu sangat membebankan, namun harap-harapnya keihkhlasan hati ini mendidik mereka akan terbalas dengan melihat kemampuan mereka untuk "membaca".

jadi guru memang mudah, tetapi menjadi guru yang mahu mendidik bukan mudah sebenarnya. Banyak dan terlalu banyak cabaran.

Ikhlaskan hatimu, mendidik anak bangsa.

Friday, March 18, 2011

MEREKA GURU SAYA

Teruja sungguh apabila semester ini, saya diajar oleh dua orang pensyarah yang selama ini hanya melihat gambar mereka di internet dan juga buku-buku mereka.

Akhirnya dapat juga saya berguru dengan mereka, sekurang-kurangya untuk semester ini walaupun hanya untuk 14 minggu.

Kualiti dan luasnya ilmu mereka sememangnya tidak dapat dinafikan.


Profesor Emeritus Abdullah Hasan

Tutur kata disusun sebaik mungkin dan pelajar dimarah supaya bahasa diperbetulkan. Itu yang unik ada pada Profesor Emeritus Abdullah Hasan.

Apabila berdiri di depan kami, terasa auranya cukup kuat untuk buat kami senyap dan terkedu.


Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana)

Teknik drama yang berkesan beserta skrip yang kukuh jalan ceritanya menjadi intipati Profesor Madya Mana Sikana.

Apabila berkongsi idea, terasa jauh sungguh kami terbelakang dalam aspek drama.

Kesederhanaan berpakaian mereka,malah berselipar ke kelas sungguh terkesan bagi kami.

Inilah contoh guru yang bagi saya sangat bagus, sangat berkualiti bukan kerana reputasi tetapi kerana sikap mereka yang ramah dan baik hati.

kenangan ini pasti akan jadi kenangan paling bermakna sepanjang pengajian di UPSI ini.

Monday, February 28, 2011

Bungkam


Hari ini, tidak seperti semalam. Mungkin masih lagi hari yang letih, tetapi hari ini lebih letih mentalnya, dari fizikalnya.

Mempunyai sahabat sememangnya sesuatu yang menyenangkan, andaikata sahabat itu menyenangkan kita.

Namun andai hanya mahu mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi, itulah yang meletihkan sebenarnya, kerana terjerat dalam talian emosi yang kusut.

Pada peringkat tertinggi ini, apabila semuanya berada dalam satu tingkat.. amat sukar untuk melihat berlaku penerimaan positif apabila sesuatu kritikan ata nasihat itu dilontarkan.

Pastinya akan ada sahaja jawapan kepada persoalan dan sedikit kata-kata yang tidak seberapa itu sama ada datang dari jiwa yang amarah atau hati yang keras untuk dicairkan.

Itulah apabila sukarnya menerima pandangan dar prospek yang berlainan, memungkikann malu itu wujud sedang berada dalam medium yang sama.

Tersenyum, kadang kala pula sakit hati. Namun itu semua ragam. Biasalah manusia.. “yang berak di tengah jalan masakan mahu mengaku itu adalah tahinya”.

Apatah lagi jika yang bertanya itu satu tatatingkat dengannya.

Akhirnya juga saya memahami bahawa manusia dijadikan oleh Allah dengan pelbagai perasaan yang rasanya sukar diduga dan ada kalanya begitu mudah untuk ditelah.

Pada waktu ini, menjangkau 2 pagi.. teman sebilik saya sudahpun tidur lena..namun saya masih lagi berperang dengan emosi.

Dalam menanti esok hari.

Moga ada kekuatan tersembunyi tanpa diketahui..

Moga Allah S.W.T berkati perjuangan ini.

Sunday, February 13, 2011

Perkongsian Rasa

Alhamdulillah..sudah minggu kelima berkuliah. Walaupun terasa sangat dan begitu terbeban dengan tugasan yang diberikan pensyarah, namun akhirnya perlu juga menyiapkannya.

Sudah agak lama membiarkan blog ini sunyi walaupun entah ada ke tidak pengunjung di sini.




Minggu ini secara tidak sengaja, telah melayari blog dua orang pelajar UPSI yang saya kiranya ialah pelajar-pelajar junior. Umumnya hanya ingin berkongsi cara penulisan mereka. Kedua-duanya cantik manis tetapi sayangnya bahasa mereka sungguh tidak sopan. Menggunakan perkataan yang mencarut seperti bab*, banga**, bod** dan sebagainya membuatkan saya terkejut kerana mereka ialah bakal guru yang akan mendidik anak bangsa.

Malah salah seorang mereka dengan terang-terangan mengutuk pak guard sebagai bang***.

Aduhaii sedih betul melihat perangai manusia yang sebegini. Mereka adalah wanita sedang kami yang kerap pulang lewat bermain futsal dan dimarahi pak guard pun masih tak sampai hati nak kata pak guard sebagai bang***.

Ini adalah isu moraliti dalam masyarakat. Bagaimana mereka mempelajari perkataan mencarut itu tidak penting, tetapi yang penting mengapa mereka mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Jika saya ada anak dan mereka inilah yang mengajar anak saya di sekolah, pastinya saya akah segera menukarkan anak saya ke sekolah lain. Tetapi bagaimana kita mahu menduga perkara seperti ini.

Malahan kini, semakin ramai pelajar-pelajar wanita UPSI yang berpakaian tidak menutup aurat sewaktu keluar makan di sekitar kedai-kedai di kolej kediaman. Jika dahulu masa saya di Tahun 1, saya melihat pakaian mahasiswi cukup beradab namun kini? Bersepah-sepah yang menayangkan aurat mereka.

Malahan sewaktu menghadiri kuliah maghrib di Ulu Bernam, penceramah telah mengatakan pelajar UPSI kini dilihat semakin kerap berpeleseran dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan batas-batas agama.

Guru ialah Muallim. Guru ialah Murabbi. Namun jika beginilah perangai bakal-bakal guru, ianya sama dengan pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”..

Saya bukanlah manusia yang sempurna, namun saya berusaha untuk mematuhi batasan agama.



Sedih sungguh melihat mahasiswa berpelakuan begini. Ada otak yang bijak pandai tetapi tak mahu gunakannya. Bukankah itu dikatakan “kurang pandai”.... layakkah mereka bergelar mahasiswa? Sedangkan masih lagi tidak dapat membezakan mana yang boleh dan tak wajar dilakukan..

Muhasabah diri..itu perlu. Dan saya sentiasa cuba lakukan itu. Anda juga boleh.

Friday, January 7, 2011

Satu kehidupan yang beridentiti

Mereka menghidupkan suasana dengan pergerakan yang menghiburkan. Itu, bukan..semua itu datang dari objek yang tidak sukar dikecam bentuknya. Pergerakan yang tidak malar membolehkan objek melalui titik-titik silang tanpa sebarang halangan yang terlalu sukar. Itulah satu kehidupan beridentiti tanpa kita sedari berlaku sehari-hari dalam kehidupan harian.

Semester ini, juga ada banyak dugaannya, cabarannya dan juga perkara yang mungkin tidak terjangka. Tugasan yang diberikan memerlukan pelajar mempunyai akaun Facebook dan juga laman blog yang baru. Walaupun begitu, walaupun masih cuba mengelak akhirnya terpaksa juga mengenai diri, mengenai masa depan. Akhirnya...

Juga sudah mengenali siapa rakan siapa lawan. Siapa boleh sama susah siapa boleh sama senang. Siapa rapat dialah rakan. Siapa datang masa susah dialah lawan walaupun dia adalah rakan. Itulah adalah satu persoalan yang wujud dalam minda. Jiwa boleh terperangkap dengan perasaan kasihan, belas ikhsan. Tiada salahnya. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali.


terbang bebas, lepaskan sayap..lepaskan semua.

Bumi ini bulat, berpijak dalam satu realiti dan fantasi. Usah lagi fikir apa yang minda disebelah mengatakan. Lihat masa hadapan yang terbentang luas. Sejauh mana kita melangkah..itulah diri kita.
Perjalanan,perjuangan di sini, bumi Tanjung Malim kian memasuki fasa-fasa terakhir sebelum berada di ruang kawasan yang lain. Moga dirahmati Allah hendaknya.

Impian dan harapan tetap satu. Jadi pendidik, bukan sahaja untuk ilmu dunia, tetapi juga ilmu akhirat.

Tuesday, October 12, 2010

Perjuangan Pendidik



Berjuanglah hatimu seikhlas mungkin

Dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna

Mengajar mereka bagaimana menjadi manusia

Manusia yang melaksanakan hukum agama

Kita sudah memilih haluan ini

Ini haluan mulia

Jangan kita persiakan dengan kelalaian kita

Jangan kita leka dengan pangkat dan harta

Jangan kita lari dari peranan kita

Akhirnya kita akan bersara sebagai guru yang bahagia

Jika kita bermula dengan bahagia juga.

Teruskan perjuangan wahai bakal-bakal pendidik anak bangsa..

Saturday, September 25, 2010

Lompatlah sejauh-jauhnya

Jika kita berpegang pada prinsip “Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia”, pastinya kita akan merenung kembali kepada masa lalu saat kita diuji dengan pelbagai dugaan dari-Nya.

Dalam keadaan emosi diri yang tidak menentu, akhirnya sedikit demi sedikit dilerai dan terlerai dari penjajahan mental. Apa yang penting ialah keyakinan bahawa hidup ini bukanlah untuk dicurahkan pada bakti dunia semata-mata.

Bantuan untuk mendapat semula keyakinan pastinya datang dari hidayah Allah. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu secara tidak langsung.

Secara tidak langsung yang bagaimana?

Minggu ini, KHAR sedang mengadakan Karnival Sukan Tahunan 2010 dan diperli oleh seorang rakan untuk memasuki acara yang dipertandingkan.

Pada awalnya memang tiada rasa semangat untuk menyertai namun sudah menumpang di Tingkat 1 ini tiada pula apa-apa sumbangan bermakna. Lebih-lebih lagi sukan kali ini membabitkan tingkat 1-3 sebagai satu rumah sukan.

Melihat kepada acara yang kosong ialah balapan padang, iaitu Lompat Jauh..

Lompat Jauh? Ada harapan ke nie..erm.

Namun, dengan riang hati menulis juga nama, apatah lagi sijil diberikan (hehe).

Tiba juga hari Sabtu petang yang redup.

Lompatan 1 untuk membuang 1 masalah.

Lompat kali kedua untuk membuang 2 masalah.

Lompatan kali ketiga untuk membuang semua masalah.




Lompatlah sejauh-jauh yang mungkin..

Akhirnya hati lega juga apabila tidak memikirkan lagi masalah yang timbul. Inilah yang dikatakan tidak langsung. Allah S.W.T memberi kita jalan penyelesaian kepada kita tanpa kita sedari.

Bagaimana dengan lompatan boleh menghilangkan rasa emosi yang teruk?

Sebab lompatan untuk membuang masalah itulah yang membawa kepada pingat perak dan berjaya menambah koleksi pingat di sini, agak riang juga apatah lagi masuk sebagai peserta tangkap muat.

Alhamdulillah apabila melihat pingat perak itu, cukuplah koleksi emas, perak, gangsa dan saguhati sepanjang 5 semester di sini.

Sudah tidak mahu memikirkan masalah yang dahulu, kerana ada banyak lagi rintangan di hadapan setiap hari.

Insya-Allah moga Allah S.W.T sentiasa meredhai apa jua perkara yang dilakukan selepas ini.

Monday, September 20, 2010

Kosong ( 0 )

Kembali semula ke kampus..

Terasa masa begitu cepat sahaja berlalu, dalam melalui kemeriahan Raya terpaksa pula kembali ke bumi Tanjung Malim.

Perjuangan yang belum selesai berbaki 2 tahun ini sememangnya terasa begitu lama. Setiap hari memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, letih pula untuk masuk ke kelas lagi malas untuk menyiapkan tugasan.

Dimanakah azam dan kekuatan yang diperolehi dahulu? waktu sekolah..guru ialah sumber inspirasi. Di sini berjuang seorang diri..

konsep berjuang dan perjuangan adalah sama. Kedua-duanya memerlukan usaha dan istiqamah yang berterusan.

Namun diri akhirnya makin tewas.

kian hanyut ditelan kesenangan hidup..kian lupa betapa dulunya begitu sukar untuk berada pada hari ini.



Mungkin juga sudah semakin "malas" untuk menulis lagi di sini. Biarlah ia sepi dahulu.

untuk bulan-bulan mendatang. Sesuai dengan jiwa pemiliknya yang masih sabut dalam serabut dan keserabutan.

sekian.

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Bercuti Rakan-Rakan


Nostalgia balik kampung akan direalisasikan hari ini.

Alhamdulillah dengan keredhaan Allah SWT dapat lagi menikmati 10 malam terakhir Ramadhan, yang merupakan malam di mana akan munculnya malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar. Ayuhlah kita sama-sama mengejar pahala beribadat pada malam itu. Insya-Allah.

Minggu ini pula merupakan minggu terakhir kuliah sebelum dibenarkan bercuti raya, lantas hati ini sudah pastinya teruja untuk pulang ke kampung. Walaupun telah perginya seorang insan tersayang, namun masih ada lagi seorang yang mampu membahagiakan diri apabila melihatnya di kg. Pastinya dia dan diri ini akan pergi juga menghadap Ilahi satu hari nanti, oleh itu sisa-sisa kehidupan bersamanya harus dimanfaatkan sepenuhnya.

kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini sama ada di SMK Felcra Bukit Kepong, SMK Labis dan UPSI, juga kepada bekas-bekas guru..di kesempatan ini ingin mengucapkan..



Selamat Menangisi Ramadhan yang akan pergi & Menyambut Lebaran dengan penuh kesederhanaan. Maaf Zahir dan Batin dipinta jika ada silap dan salah.

Sekian. Assalamualaikum.

p/s : Berkonvoi beramai-ramai di atas jalanan memang satu nostalgia. Semoga perjalanan pulang kami pada hari ini akan selamat sampai ke destinasi dituju tanpa sebarang musibah. Amin.

Sunday, August 29, 2010

KOMSAS DAN EDU 3046

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya masih tangan ini mampu menaip secebis putaran idea.

Minggu ke-7 kuliah sememangnya merasai beban tugasan yang berat dan sukar terutamannya bagi subjek Komsas ini.

Setiap tugasan perlu menyiapkan rancangan mengajar dan mengajar pula di hadapan kelas dan semua ini akan dinilai oleh pensyarah. Aduhai betapa peningnya, sakitnya dan sengsaranya untuk menyiapkan satu RPH dan juga ABM nya sekali.

Namun akhirnya mencuba yang terbaik dalam kumpulan.

Video dirakam dan diedit, aktiviti disusun dan dibaikpulih, set induksi memerlukan sekali lagi ke sungai samak..dan akhirnya..segala kerja keras kami..

“tahniah, satu pembentangan yang bagus, saya bagi kumpulan kamu 20/20 untuk tugasan kedua ini”

Alhamdulillah ... nampaknya kerja keras berbaloi juga..kepuasan dinikmati dan dikecapi.


sesi penggambaran

Bersyukur kepadanya..walaupun tugasan pertama agak mengecewakan, namun kami bangkit dari kesilapan.

Walaupun agak risau untuk “dikondem” lagi, namun kita hanya merancang, akhirnya Tuhan menentukan.

Dan untuk subjek EDU 3046 pula, ada kuiz pula petang ini namun masih lagi tidak menghafal mana-mana isi. Dan hanya tinggal 2 jam lebih sahaja lagi untuk mengambil kuiz tersebut, lalu diri hanya tawakal sahajalah sebab masa sudah “dicuri” untuk subjek Komsas.

Aduhai..mengantuknya.

Sunday, August 8, 2010

HADIAH HARI JADI YANG TERBAIK UNTUK SAHABAT BAIK

Minggu lalu menerima panggilan telefon dari sahabat yang baru sahaja menghabiskan pengajian diplomanya di Kolej Kejururawan Ipoh (Kolej tajaan kerajaan (SPA)).

Sahabat ini menyatakan bahawa maklumat penempatan telahpun dikeluarkan dan dirinya telahpun ditempatkan di....

Hospital Melaka.

Dia diminta untuk melaporkan diri pada padi isnin 9/8 dan hari tersebut merupakan tarikh kelahirannya di muka bumi ini.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Mohd Hafiz Bin Ahmad Johari kerana memperolehi hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidup anda, kurniaan dari Ilahi.

Kami adalah rakan seperjuangan di sekolah, namun akhirnya memilih untuk membina kerjaya masing-masing dalam bidang yang berbeza.

Rakan yang sedia berkongsi susah dan senang, yang boleh berkongsi masalah dan juga seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan sahabat-sahabatnya yang lain.

Bukan mudah untuk mencari sahabat sebegini sedang rakan sama senang sangat ramai, bila susah masing-masing mencari alasan.

Tahniah kepada hafiz yang sememangnya menginginkan petempatan di Muar @ Melaka. Katanya mudah dan dekat untuk balik kampung (hehe ke ade si FR kat kampung tue Hafiz?)

Agak ralat juga memikirkan kebanyakan rakan-rakan sekolah sudahpun menghabiskan pengajian mereka sama ada diploma @pun Ijazah.

Agak terkesima juga melihat kebanyakan rakan-rakan yang sudah bekerja sudahpun mempunyai kereta sedang diri ini tiada apa-apa lagi.

Namun tidaklah pula sampai menyalahkan takdir. Tidak perlu rasanya.

Kerana setiap perkara yang berlaku tidak dijadikan sia-sia oleh-Nya.


Sahabat-sahabat baik yang sedang membina masa hadapan masing-masing.

Kisah Pagi itu...

Terasa agak mengantuk apabila menghadiri Seminar Suluk pada pagi sabtu itu.

Apatah lagi melihat bagaimana sesuatu bangsa itu diagung-agungkan melalui seminar sebegini. Perlukah sebenarnya?... Namun itulah yang mencorak norma kehidupan masyarakat kita.

Lalu mencari idea untuk melakukan perkara lain dan bingkas berbangkitlah kaki untuk ke perpustakaan Tuanku Bainun di bangunan bersebelahan.

Sebenarnya bukanlah hendak meminjam buku, tetapi terasa sangat tidak berminat pula untuk menyambung dengar seminar tersebut.

Menjelang 1 jam setengah di dalam perpustakaan, kaki pun dihayun untuk menuju ke pintu keluar.

“Eh, Cikgu Wahab????”

“Sir?”

“Eh, what are u doing here”

“I’m student here”

*Cikgu Wahab ialah Cikgu Muet dan P.Am, terpaksa pula ber”speaking”.

Lantas kami terus sahaja berbual-bual kosong sebentar. Siapa menjangka akan berjumpa dengan bekas guru di tempat pengajian ini. Malahan dengan diri ini baru sahaja selesai melakukan ROS, maka pastinya beliau tidak akan melupakan bekas muridnya ini.

Tidak lama kemudian, Cikgu Wahab meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap krisis pentadbiran yang berlaku di Sekolah dan keinginannya yang kuat untuk berhijrah kepada kerjaya pensyarah.

Tahun 2007 adalah tahun terakhir beliau diamanahkan untuk mengajar tingkatan 6, selepas itu beliau hanya mengajar menengah rendah sahaja. Sempat juga berjumpa dengannya usai sahaja keputusan STPM diumumkan dahulu dan pada waktu itu ada juga diluahkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.

“Kalaulah saya gagal mengajar kelas kamu dengan baik, takkanlah kamu mampu mencapai A?, siapa rakan sekelas kamu yang perempuan tue?”

“erm.. N****** ke?”

“aa yang gagal P.AM tue, dia bukan hendak belajar di dalam kelas”

Banyak juga perkara lain yang diluahkan pada pertemuan tidak terjangka ini, dan barulah benar-benar terbuka minda ini akan tugas guru bukan sahaja menghadapi cabaran di dalam kelas tetapi juga di luar kelas itu sendiri.

“Saya tak sabar nak habiskan pengajian Sarjana saya ni, saya nak bertukar ke tempat lain, tempat asal saya”

Dari riak muka cikgu Wahab, dapat difahami betapa bergeloranya perasaan dia waktu itu.

“Di sekolah saya langsung tiada waktu rehat, apatah lagi dirumah, waktu rehat saya yang sebenar ialah perjalanan menaiki bas dari tg.malim ke segamat”

Katanya sayu...

“Saya yang buat kerja, orang lain yang dapat nama”

Erm, apa lagi mampu dikatakan.

Diri ini hanya mampu menjadi pendengar yang baik, tidak pula memberikan nasihat kerana rasanya beliau hanya mahu meluahkan isi hatinya berkaitan isu-isu yang wujud dalam persekitaran pekerjaanya, iaitu di sekolah.

Zamri yang berada bersebelahan juga hanya diam membisu. Mendengar perbualan bermakna antara bekas guru dan murid. Ketajaman fikirannya tidak dinafikan jadi mungkin dia memahami isi-isi perbualan tersebut walaupun dia hanya mensedekahkan senyuman sekali sekala.

Tiba-tiba handset bergetar menandakan ada mesej baru masuk.

“wei cpat r mai audi, aku nak balik dh nie”

Lalu pertemuan tidak disangka ini tamat disitu.

“Cikgu nak study kt library?”

“ya saya banyak keje lagi nak siapkan, dalam pukul 5 nanti baru saya pergi stesen bas, kira-kira 10 ,11 malam nanti sampai lah labis”

Teringat kembali kata-kata Cikgu Wahab “itulah waktu rehat saya yang sebenar”

Meingatkan kembali zaman sekolah, terasa begitu menggembirakan. Apatah lagi di tingkatan 6.

Belajar di UPSI tidak terlalu menghiburkan berbanding zaman persekolahan. Erm..

Terima Cikgu Wahab kerana cikgulah saya mampu mendapat A+ subjek Pengajian Am.

Semoga Allah memberkati perjalanan hidup Cikgu Wahab. Semoga Allah merestui perjuangan Cikgu Wahab. Amin.


Gambar bersama Cikgu Wahab semasa menjalani latihan Ros di sekolah.

Saturday, July 31, 2010

Teachers too soft on students?

Gone are the days when children were afraid of telling their parents about the punishment they received in school, for fear of being scolded at home. Many teachers today are loathe to punish students for fear of retaliation from parents and students themselves. Is this why students are more indisciplined these days?


MANY years ago, there used to be pin-drop silence in classrooms on report card day. Today, teachers and parents struggle to hear each other over the chaos caused by noisy students. Teachers don't do much except say, "keep quiet!" and this, too, is usually ignored.

Somewhere along the way, the tables have turned. Are our school teachers adopting a more relaxed attitude?

The method of disciplining now is different, acknowledges the National Union of the Teaching Profession.


Its president, Hashim Adnan, says: "There is no such punishment as standing on the chair any more. What if the child falls? What happens if a child starts vomiting after he or she is made to run around the school field?

"Among the thousands, one or two may use the old method of pulling the ears, but the younger teachers don't do this any more.

"During staff meetings, teachers are told not to touch the students. If there is a problem, it should be the principal who handles things. This is the usual advice, especially to new male teachers who may get angry very fast. Students can be corrected verbally without using harsh words."

He says proper guidelines should be followed when disciplining students.

"The rules may differ from one school to another. Basically, teachers can take action but they must follow the rules. For instance, girls are not to be hit with the rod. Boys who have disciplinary problems should be warned a few times and their parents consulted. If there are still problems, they can be caned in the headmaster or discipline master's room, but never in public."

Teachers and principals, Hashim says, should take record of all warnings.

"The police have their guidelines. The first thing that will be asked if there is a complaint is whether the school has followed the step-by-step rulings."

Retired teachers say the method of disciplining now is different for a number of reasons. Sabbir Ali Hussin, 62, says the current system does little to support teachers.

"If a teacher takes action against a child who has misbehaved, there is usually someone who files a complaint, resulting in the teacher being demoralised. Discipline has not deteriorated over the years, but interference from outside has increased. That's why some teachers have adopted a tidak apa (don't care) approach.

"Teachers are also under a lot of pressure. Most teachers have to move between six classes of 40 students each, that is a total of 240 different minds to handle. Some schools have over 3,000 students. How do you control that?

"There needs to be a separate department to handle registration and disciplinary issues. A teacher's task is to impart knowledge, not to stand at the front gate to catch students who come late or penalise those who are not wearing name tags."

Retired school principal William Doraisamy says problems in schools have not changed, but the nature of discipline has.

"Normal offences such as stealing, gangsterism, cheating during exams, destroying property, truancy and distribution of porn have been around for decades, but now it's more widespread.

"Students are indisciplined in a more sophisticated way. Their minds and hearts have not changed, but they have become bolder."

He says there are many factors contributing to this and the problem is "almost irreparable".

"The social scenario in schools is evolving. Everything is exam-oriented, sometimes at the expense of discipline. Many teachers focus their attention on academic results instead of moral values. Often, discipline is left to the disciplinary board when it should be the duty of every teacher."

Parents, media and the Internet, he says, are also partly to blame for the rise in school disciplinary problems.

"Many parents have neglected teaching their children the importance of social etiquette. Children are not taught to respect their elders or property, causing many to be rebellious.

"There is also an increasing number of parents who criticise teachers in front of their children. Calling teachers bodoh (stupid) causes children to lose respect for teachers. Many websites and television programmes don't teach good values. As a result, children are more boisterous and answer back."

If this is so, should discipline methods be more "harsh"?

Counsellor Major Tarlochan Singh believes that the emotional well-being of a child should always be taken into account.

"I believe punishment should be based on the severity of the problem. Caning should only be carried out if the child has done something really bad.

"Furthermore, parents should be notified based on proof and they must be informed of the type of punishment. I believe that punishment should be done in a controlled environment. Done by correct people and in the right setting, the punishment will be accepted by the child and parents."

Read more: Teachers too soft on students? http://www.nst.com.my/nst/articles/01avschool/Article/#ixzz0vKTeD0fl

*****************

"Relaxing" teacher will influence attitude among student, can not be denied again because students today do not respect their teachers more.

For potential teachers, take the mental and physical to be a teacher..

Thursday, April 15, 2010

Peperiksaan Akhir Semester

Diam x diam, dah 2 tahun berada di Tanjung Malim menuntut ilmu..untuk bekalan masa hadapan, x kiralah walau apa jua bidang yang akan d ceburi kelak...

Peperiksaan datang lagi..sememangnya terasa tidak mahu mengharungi mingggu peperiksaan, kerana tekanan dtang begitu hebat..

Sudah semester 4, maka ada lagi 4 semester...akan ada lagi tugasan kerja, akan ada lagi minggu peperiksaan.. namun, hidup sebagai pelajar tidak banyak pilihan...




Semester akan dtang akan bertambah lagi hebat dugaan dan cabaran... kehidupan sebagai pelajar UPSI akan memasuki fasa ke-2... sem 5 hingga 8 akan bermulalah cabaran yang sebenar dalam usaha merangkul segulung ijazah..

dan juga....erm..

kepada rakan-rakan yang akan menjawab peperiksaan..

Selamat Berjaya dan mencapai kejayaan yang cemerlang kelak..amin.


Tuesday, March 30, 2010

BADMINTON SUPER POWER SEMESTER II SESI 09/10

Pada malam Isnin yang lalu, aku dan rakan-rakan telah sepakat untuk menganjurkan pertandingan Badminton Super Power yang melibatkan kumpulan A kelas Major...

Undian dijalankan semasa kelas Minor...hehe.. Dr.Talib masuk lambat daa...

Sebanyak 6 pasukan terlibat membabitkan 12 orang pemain. Hanya acara beregu sahaja kami pertandingkan.

Aku dan partner, Hafifi diundi berada di Kumpulan A bersama Sham/Due dan Badri/Azhan.

Sememangnya persaingan yang sangat sengit. Namun kami berjaya menjuarai Kumpulan A untuk mara ke separuh akhir bertemu dengan Naib Juara kumpulan B, Wan Zor/Shahir..


rock n roll

Namun kami tewas juga akhirnya..gagal ke Final..hehe, bukan rezeki...matlamat hanya untuk mengeratkan silaturahim dan beriadah..

Dalam penentuan tempat ketiga, sekali lagi aku dan Hafifi berjaya menewaskan Badri/Azhan untuk merangkul tempat ketiga..

Manakala pasangan Sony/Sidi telah berjaya merangkul tempat pertama..tahniah2...

Matlamat asal hanyalah pertandingan suka-suka, namun semangat kesukanan yang dtunjukkan menyebabkan kami berhasrat untuk mengan jurkan lgi..





Syabas.barisan pemain2 yang hebat2 belaka..kecuali aku yg x sehebat mereka..

aksi-aksi terlarang..



bersungguh2 memukul bulu tangkis..


jangan gaduh2 Badri...


kemunculan makhluk asing yg tiba2 jatuh dri langit..hehe..Nak join tpi ade kelas..lain kali r bleh join..

sekian...adess asgment x siap lgi nie..

Tuesday, March 9, 2010

Cinta bunga...Bunga akan layu

Cinta Manusia..Satu hari dia akan pergi jua

Cinta Allah S.W.T..Cinta yang kekal abadi selamanya


Dapat bait-bait kata terindah nie masa kelas EDU pagi tdi...

Bila berfikir..

rasa dalam-dalam..

Cinta kepada Allah menjadi keutamaan..

Cinta kepada manusia menjadi pilihan..

Bunga ibarat laluan kehidupan kita di dunia..Hanyut di dunia,akhirnya di akhirat nanti kita juga yg merana..

Berkasih sesama manusia..juga ada batasannya.. sampai satu tahap, menjelang kematian..cinta antara dua insan akan tinggal sejarah..

Cinta kpd Allah S.W.T... Cinta yg hakiki, yg pasti.. sampai bila-bila..tidak akan dipisahkan oleh jarak dan waktu..tiada apa-apa yg mampu memisahkannya..

hmmmm.....

berfikir dalam-dalam..

banyaknya kelemahan diri ini..

bilalh nak berubah..msih samar-samar..

Tuhan bantulah hambamu ini..

Monday, March 8, 2010

Sukan : Karier Futsal di UPSI.

Bermulanya semester 4, rakan-rakanku begitu teruja untuk menubuhkan pasukan futsal secara rasmi dan menyertai kejohanan2 yang dijalankan d UPSI..

Pada mulanya, nama pasukan kami ialah Transformasi..tapi kini..

sudah menjadi SEROJA FC..hehe.

Pada penyertaan di Terbuka Kolej Za'Ba..kami tersingkir awal kerana..hmmm...
nie lah muka2 kecewa..


Muka ceria, pastu hampa

selepas kejohanan di KZ, rombakan pemain telah dilakukan..dan beberapa pelajar Pendidikan Sastera Melayu dan Ekonomi telah diserap masuk..

Seterusnya ..Kejohanan Terbuka Kolej Ungku Omar pula menjadi medan perjuangan futsal kali ini..

Pada mulanya..tiada harapan disandarkan..sekadar melayakkan diri hingga ke pusingan kedua..Namun..

Kami berjaya hingga ke peringkat separuh akhir..hehe..satu kejayaan yg menakjubkan..Alhamdulillah dengan izin Tuhan..

Menjuarai peringkat kumpulan..menang 3-0 di pusingan kedua terhadap pasukan dari Selayang, penalti 3-1 d suku akhir..namun tewas penalti 2-3 di semi final..kekecewaan yg ketara namun terubat juga dengan hadiah medal dan wang tunai..

Syabas..SEROJA FC.

Baru-baru nie..pada 7/3 lepas..

Fakulti Bahasa menganjurkan pertandingan FUTSAL FAKULTI..

tiada sasaran ditetapkan kerana kerisauan x siap asigment..hehe..

tapi Alhamdulillah...pasukan dari sem 6 berjaya kami tewaskan dengan semangat perjuangan yang jitu..

SEROJA FC akhirnya berjaya menjuarai kejohanan tersebut,..menewaskan satu lagi pasukan dari sem 4 yg juga rakan-rakan kami..

Seroja FC berjaya menewaskan Evolusi Tembeling 4-1 pada aksi Final..



Aksi Final...



Pemain SEROJA FC.


Belakang(kiri)- Wan,Afiz Janggut,Shahir,Amri
Depan(kiri)- Pok Dik, Lukme, Badri


Kejohanan tertutup UPSI sempena KONVOKESYEN akan berlangsung pada hujung minggu ini..

dan sasaran..hanyalah sekadar penyertaan suka-suka..

asigment banyak x siap lg nieh..pula tue ade Seminar Kejurulatihan Badminton BAM sabtu nie..adesss..pening3..

apapun..hadapi dengan seyuman..

~~~Assalamualaikum..

Thursday, March 4, 2010

Muhasabah diri : Peristiwa yang benar-benar memalukan


Mengenang kembali perkara yg telah berlalu...




Malu sunggguh diri ini tentang peristiwa itu.

Silap juga kerana mengambil kisah..

Silap juga kerana mengambil bahagian..

Memang kesilapan diri..

Muhasabah diri..

Dalam hati hanya tuhan yang tahu...



~~perhaps, perhaps, perhaps ~~




Harapan tetap harapan..

kadang kala hanya mampu berharap..

kadang kala..

kadang-kadang..

begitulah skrip kehidupan ini..

Thursday, December 31, 2009

ISU PENDIDIKAN : DI MANA HALA TUJU GRADUAN PENDIDIKAN IPTA

GRADUAN TAJAAN DISERAP AUTOMATIK

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Semua graduan tajaan Kementerian Pelajaran bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diberi jaminan akan diserapkan secara automatik dalam perkhidmatan kementerian itu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata graduan tidak ditaja Kementerian Pelajaran perlu membuat permohonan tetapi tiada jaminan penempatan ke sekolah apabila tamat pengajian.

Beliau berkata, ini kerana bilangan pelajar tajaan ditetapkan mengikut unjuran jumlah guru yang diperlukan di sekolah Kementerian Pelajaran apabila mereka tamat pengajian.

“Kementerian Pelajaran ada berhubung dengan IPTA untuk menentukan bilangan guru (diperlukan mengikut unjuran). Bagaimanapun, IPTA ada program sendiri, tidak semestinya pelajar yang dilatih dalam bidang keguruan untuk Kementerian Pelajaran saja

“Oleh itu, tidak timbul isu kerana kementerian sudah ada unjuran. Universiti kadang-kadang melatih lebih ramai pelajar untuk keperluan tempat lain seperti sektor swasta. Tiada masalah kerana pelajar tahu bahawa mereka yang ditaja akan automatik memasuki Kementerian Pelajaran apabila tamat pengajian,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H di Muzium Kesenian Islam Malaysia, di sini semalam.

Mohd Fadil Sulaiman muncul johan seni khat thuluth, manakala seni khat nasakh dimenangi Mohd Zulfikri Mohd Sobri dan seni khat riq`ah ialah Zawadi Che Seman bagi peringkat dewasa kategori Seni Khat Tradisional Di Atas Kertas (Spontan).

Wan Mohammad Amirul Akmar Wan Rasid muncul johan Seni Khat Nasakh dan Riq`ah peringkat bawah 18 tahun. Johan kategori Seni Lukisan Khat Tradisional Atas Kanvas peringkat terbuka ialah Mohd Shafiq Mohamad dan johan kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari Atas Kanvas terbuka, Ahmad Jurjani Hishamudin.

Laporan akhbar semalam memetik Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, sebagai berkata penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari IPTA ke sekolah hanya akan dibuat berdasarkan kekosongan jawatan dan pengkhususan mereka kerana kementerian terpaksa memberi keutamaan kepada lulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dari 27 institut pendidikan guru (IPG) seluruh negara.

Sambil menjelaskan guru Bahasa Inggeris dan Matematik ialah antara keperluan kritikal, Alimuddin berkata, graduan bukan tajaan kementerian perlu menunggu iklan permohonan yang kadang kala dua kali setahun untuk memasuki perkhidmatan pendidikan melalui proses biasa, termasuk menduduki Inventori Sahsiah

Keguruan (Insak) serta menjalani temu duga.

Mengulas isu sama, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan, menasihati graduan tidak terlalu mengharapkan kerjaya perguruan kerajaan, sebaliknya mencari peluang mengajar dalam sektor swasta serta di luar negara.

“Ini kerana IPG lebih memberi latihan kepada bakal tenaga pengajar mengikut keperluan semasa, sedangkan graduan pendidikan IPT lebih kepada bidang mereka sendiri bukan berdasarkan keperluan,” katanya.

PANDANGAN PERIBADI :

Walaupun aku antara insan yang dimurahkan rezeki untuk mendapat tajaan KPM ini, tetapi aku sendiri tidak yakin dengan dasar Kementerian Pelajaran. Mereka senantisa mengubah dasar dan pendirian. Entah lepas ini apa pula yang akan terjadi.

Persoalan utama ialah mengapa mereka lebih mengutamakan keluaran KPLI / DPLI? dan mengabaikan PISMP IPTA. Sia-sia sahaja belajar selama 4 tahun di sini, tetapi apabila tamat belajar, KPM memberi keutamaan kepada mereka yang menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan terakhir. Harus diingatkan bahawa kebanyakan pemohon KPLI/DPLI ialah mereka yang GAGAL mendapat kursus pendidikan semasa memohon IPTA dahulu. Maka dimana rasionalnya mereka itu diutamakan??? Hanya semata-mata mereka mendapat elaun dari KPM? Sepatutnya graduan pendidikan di IPTA yang lebih layak menerima elaun.

Walaubagaimanapun, rezeki kita sudah ditentukan sejak azali oleh Allah S.W.T.. Kepada rakan-rakan di UPSI, kita sememangnya TIDAK DIJANJIKAN sebarang jawatan untuk menjadi guru melainkan sedikit harapan apabila ditaja oleh pihak KPM. Jadi kita seharusnya perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal kerana dalam masa beberapa tahun ini, pelbagai peristiwa yang tidak terjangka akan berlaku.

UPSI semakin kabur dan kabut dalam menentukan nasib para pelajarnya.

Sunday, November 29, 2009

cuti semester : kehidupan dulu bermula sekali lagi.



bermulalah cuti semester lagi, setelah berhabisan tenaga,kudrat dan wang ringgit sepanjang semester lepas.. yang pasti tahun depan akan bermula semula semester baru..

perjalanan meredah lebuh raya utara-selatan menghala ke johor ini sememangnya tidak membosankan,apatah lagi kali nie aku balik saing budak2 batu pahat.. perlumbaan yang sihat di lebuh raya ini disusuli dengan cuaca yang baik, dan aku telah mendapat tempat yang pertama apabila menelusuri jalan keluar ke tangkak,ha3..

sekian,cuti sem ini perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat.maka aku akan lakukan seperti yang telah dirancangkan..erm.

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails