Wednesday, September 1, 2010

Selamat Bercuti Rakan-Rakan


Nostalgia balik kampung akan direalisasikan hari ini.

Alhamdulillah dengan keredhaan Allah SWT dapat lagi menikmati 10 malam terakhir Ramadhan, yang merupakan malam di mana akan munculnya malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar. Ayuhlah kita sama-sama mengejar pahala beribadat pada malam itu. Insya-Allah.

Minggu ini pula merupakan minggu terakhir kuliah sebelum dibenarkan bercuti raya, lantas hati ini sudah pastinya teruja untuk pulang ke kampung. Walaupun telah perginya seorang insan tersayang, namun masih ada lagi seorang yang mampu membahagiakan diri apabila melihatnya di kg. Pastinya dia dan diri ini akan pergi juga menghadap Ilahi satu hari nanti, oleh itu sisa-sisa kehidupan bersamanya harus dimanfaatkan sepenuhnya.

kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini sama ada di SMK Felcra Bukit Kepong, SMK Labis dan UPSI, juga kepada bekas-bekas guru..di kesempatan ini ingin mengucapkan..



Selamat Menangisi Ramadhan yang akan pergi & Menyambut Lebaran dengan penuh kesederhanaan. Maaf Zahir dan Batin dipinta jika ada silap dan salah.

Sekian. Assalamualaikum.

p/s : Berkonvoi beramai-ramai di atas jalanan memang satu nostalgia. Semoga perjalanan pulang kami pada hari ini akan selamat sampai ke destinasi dituju tanpa sebarang musibah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails