Saturday, September 25, 2010

Lompatlah sejauh-jauhnya

Jika kita berpegang pada prinsip “Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia”, pastinya kita akan merenung kembali kepada masa lalu saat kita diuji dengan pelbagai dugaan dari-Nya.

Dalam keadaan emosi diri yang tidak menentu, akhirnya sedikit demi sedikit dilerai dan terlerai dari penjajahan mental. Apa yang penting ialah keyakinan bahawa hidup ini bukanlah untuk dicurahkan pada bakti dunia semata-mata.

Bantuan untuk mendapat semula keyakinan pastinya datang dari hidayah Allah. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu secara tidak langsung.

Secara tidak langsung yang bagaimana?

Minggu ini, KHAR sedang mengadakan Karnival Sukan Tahunan 2010 dan diperli oleh seorang rakan untuk memasuki acara yang dipertandingkan.

Pada awalnya memang tiada rasa semangat untuk menyertai namun sudah menumpang di Tingkat 1 ini tiada pula apa-apa sumbangan bermakna. Lebih-lebih lagi sukan kali ini membabitkan tingkat 1-3 sebagai satu rumah sukan.

Melihat kepada acara yang kosong ialah balapan padang, iaitu Lompat Jauh..

Lompat Jauh? Ada harapan ke nie..erm.

Namun, dengan riang hati menulis juga nama, apatah lagi sijil diberikan (hehe).

Tiba juga hari Sabtu petang yang redup.

Lompatan 1 untuk membuang 1 masalah.

Lompat kali kedua untuk membuang 2 masalah.

Lompatan kali ketiga untuk membuang semua masalah.




Lompatlah sejauh-jauh yang mungkin..

Akhirnya hati lega juga apabila tidak memikirkan lagi masalah yang timbul. Inilah yang dikatakan tidak langsung. Allah S.W.T memberi kita jalan penyelesaian kepada kita tanpa kita sedari.

Bagaimana dengan lompatan boleh menghilangkan rasa emosi yang teruk?

Sebab lompatan untuk membuang masalah itulah yang membawa kepada pingat perak dan berjaya menambah koleksi pingat di sini, agak riang juga apatah lagi masuk sebagai peserta tangkap muat.

Alhamdulillah apabila melihat pingat perak itu, cukuplah koleksi emas, perak, gangsa dan saguhati sepanjang 5 semester di sini.

Sudah tidak mahu memikirkan masalah yang dahulu, kerana ada banyak lagi rintangan di hadapan setiap hari.

Insya-Allah moga Allah S.W.T sentiasa meredhai apa jua perkara yang dilakukan selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails