Terasa agak mengantuk apabila menghadiri Seminar Suluk pada pagi sabtu itu.
Apatah lagi melihat bagaimana sesuatu bangsa itu diagung-agungkan melalui seminar sebegini. Perlukah sebenarnya?... Namun itulah yang mencorak norma kehidupan masyarakat kita.
Lalu mencari idea untuk melakukan perkara lain dan bingkas berbangkitlah kaki untuk ke perpustakaan Tuanku Bainun di bangunan bersebelahan.
Sebenarnya bukanlah hendak meminjam buku, tetapi terasa sangat tidak berminat pula untuk menyambung dengar seminar tersebut.
Menjelang 1 jam setengah di dalam perpustakaan, kaki pun dihayun untuk menuju ke pintu keluar.
“Eh, Cikgu Wahab????”
“Sir?”
“Eh, what are u doing here”
“I’m student here”
*Cikgu Wahab ialah Cikgu Muet dan P.Am, terpaksa pula ber”speaking”.
Lantas kami terus sahaja berbual-bual kosong sebentar. Siapa menjangka akan berjumpa dengan bekas guru di tempat pengajian ini. Malahan dengan diri ini baru sahaja selesai melakukan ROS, maka pastinya beliau tidak akan melupakan bekas muridnya ini.
Tidak lama kemudian, Cikgu Wahab meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap krisis pentadbiran yang berlaku di Sekolah dan keinginannya yang kuat untuk berhijrah kepada kerjaya pensyarah.
Tahun 2007 adalah tahun terakhir beliau diamanahkan untuk mengajar tingkatan 6, selepas itu beliau hanya mengajar menengah rendah sahaja. Sempat juga berjumpa dengannya usai sahaja keputusan STPM diumumkan dahulu dan pada waktu itu ada juga diluahkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.
“Kalaulah saya gagal mengajar kelas kamu dengan baik, takkanlah kamu mampu mencapai A?, siapa rakan sekelas kamu yang perempuan tue?”
“erm.. N****** ke?”
“aa yang gagal P.AM tue, dia bukan hendak belajar di dalam kelas”
Banyak juga perkara lain yang diluahkan pada pertemuan tidak terjangka ini, dan barulah benar-benar terbuka minda ini akan tugas guru bukan sahaja menghadapi cabaran di dalam kelas tetapi juga di luar kelas itu sendiri.
“Saya tak sabar nak habiskan pengajian Sarjana saya ni, saya nak bertukar ke tempat lain, tempat asal saya”
Dari riak muka cikgu Wahab, dapat difahami betapa bergeloranya perasaan dia waktu itu.
“Di sekolah saya langsung tiada waktu rehat, apatah lagi dirumah, waktu rehat saya yang sebenar ialah perjalanan menaiki bas dari tg.malim ke segamat”
Katanya sayu...
“Saya yang buat kerja, orang lain yang dapat nama”
Erm, apa lagi mampu dikatakan.
Diri ini hanya mampu menjadi pendengar yang baik, tidak pula memberikan nasihat kerana rasanya beliau hanya mahu meluahkan isi hatinya berkaitan isu-isu yang wujud dalam persekitaran pekerjaanya, iaitu di sekolah.
Zamri yang berada bersebelahan juga hanya diam membisu. Mendengar perbualan bermakna antara bekas guru dan murid. Ketajaman fikirannya tidak dinafikan jadi mungkin dia memahami isi-isi perbualan tersebut walaupun dia hanya mensedekahkan senyuman sekali sekala.
Tiba-tiba handset bergetar menandakan ada mesej baru masuk.
“wei cpat r mai audi, aku nak balik dh nie”
Lalu pertemuan tidak disangka ini tamat disitu.
“Cikgu nak study kt library?”
“ya saya banyak keje lagi nak siapkan, dalam pukul 5 nanti baru saya pergi stesen bas, kira-kira 10 ,11 malam nanti sampai lah labis”
Teringat kembali kata-kata Cikgu Wahab “itulah waktu rehat saya yang sebenar”
Meingatkan kembali zaman sekolah, terasa begitu menggembirakan. Apatah lagi di tingkatan 6.
Belajar di UPSI tidak terlalu menghiburkan berbanding zaman persekolahan. Erm..
Terima Cikgu Wahab kerana cikgulah saya mampu mendapat A+ subjek Pengajian Am.
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup Cikgu Wahab. Semoga Allah merestui perjuangan Cikgu Wahab. Amin.
Gambar bersama Cikgu Wahab semasa menjalani latihan Ros di sekolah.
No comments:
Post a Comment