Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah S.W.T dapatlah lagi melalui bulan mulia bulan penuh keberkatan bagi yang mengamalkannya.
Kali ketiga berpuasa di Tanjung Malim sebagai seorang musafir yang menuntut ilmu memerlukan diri lebih peka dalam mengatur masa seharian.
Tazkirah tarawikh hari ini sangat menarik perhatian kerana imam muda tersebut menyentuh soal aurat muslimat yang membeli juadah berbuka di bazar ramadhan KUO khususnya dan juga pasangan yang duduk ber”dua-dua”an di tepi sungai (bertentangan dengan kedai pizza depan KHAR).
Apabila berkata mengenai aurat, jika dilihat sekarang ini waima dimana-mana sahaja seperti pasar raya, kedai makan dan sebagainya kita tidak akan dapat lari dari melihat “aurat” wanita muslim. Malahan drama-drama televisyen juga aktif memaparkan pelakon yang “berbogel” dalam pakaian. Kita boleh lihat berapa kerat lah sangat pelakon-pelakon wanita yang menutup aurat ini?
Inilah manusia bila ada ilmu tetapi tidak amal.
Berbalik kepada mahasiswi yang membeli juadah di KUO, sebenarnya agak ramai juga yang berbaju lengan pendek walaupun mereka memakai tudung.
Apakah sebenarnya mereka tidak tahu akan batas-batas aurat mereka kepada yang bukan muhrim?
Agak mustahil tidak tahu kerana mereka ialah MAHASISWI UNIVERSITI. Pendidikan formal mereka sejak sekolah rendah lagi adakah langsung tiada menyentuh soal aurat?
Teringat pula ceramah Ustaz Kazim yang menyatakan bahawa pahala puasa lelaki akan menjadi “kurus” pada petang hari apabila mengunjungi Bazar Ramadhan. Ada benarnya kata-kata Ustaz.
Petang tadi pula ada seorang sahabat mengajak ke Bazar Ramadhan Tanjung Malim dan juga situasi yang sama berlaku. Di sana-sini wanita berpakaian mendedahkan aurat. Seolah-olah tiada lagi rasa “malu” dalam diri mereka. Sebaliknya mereka mungkin berasa “bangga” tubuh badan mereka menjadi perhatian. Kita seolah-olah sudah menjadi masyarakat yang mengamalkan gaya hidup bebas tanpa pegangan agama yang kukuh. Siapa yang akan tegur anak-anak muda yang tidak menutup aurat itu? Semuanya melihat sahaja seolah-olah meredhakan perbuatan terkutuk itu.
Di situlah pentingnya peranan Ibu Bapa dan juga guru-guru di sekolah. Kita manusia memang sentiasa pelupa dan atas dasar itulah kita perlu saling ingat-mengingati.
Lalu untuk mengetahui batas-batas aurat wanita ini, silalah baca artikel ini di ...
http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273-aurat-wanita-muslimah-menurut-syarak
Berlainan pula yang duduk berdua-duaan di tepi sungai. Jika kalian sudah sah bergelar suami isteri pun, ada batasnya bermesra di khalayak umum, apatah lagi dengan belum ada apa-apa perhubungan yang sah dari hukum syarak? Andai sungai itu mampu menghasilkan tsunami, mati kataklah di situ. Bahkan musibah itu tentunya akan menimpa bangunan KHAR juga bukan? Allah akan mendatangkan bala bukan hanya kepada yang melakukan kemungkaran, sebaliknya kepada semua masyarakat yang berada di dalam komuniti tersebut walaupun anda tidak melakukan kemungkaran tersebut. Jadi beringat-ingatlah kita sedang remaja kita kini sedang kembali ke era masyarakat jahiliah. Tidak percaya? Bacalah artikel ini.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mayatditemuicelahplastik/Article
tidakkah sama dengan masyarakat zaman jahilliah dulu yang menanam anak perempuan hidup-hidup? Tetapi masyarakat Melayu agak advanced lagi. Kan ini zaman moden? Tidak begitu?
Perkara ini hanyalah sekadar ulasan dan pandangan peribadi sahaja. Sebagai insan yang lemah, iman akan sentiasa diuji oleh syaitan yang dilaknat secara berterusan. Hanya kepada ALLAH tempat kita berlindunglah. Lalu pohonlah segera kepada-Nya.
Amin.
No comments:
Post a Comment