Thursday, November 25, 2010

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.



Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

semoga menjadi renungan bersama. Sungguh insaf tetapi kadangkala saya juga cuai dan alpa dalam kehidupan. Moga Allah swt mengampuni dosa-dosaku yang lepas.

Friday, November 12, 2010

NILAI RM 1




Semasa sedang menunggu giliran anak saudara yang ingin mendapatkan rawatan untuk telinganya di Klinik Kesihatan Labis, muncul pula seorang belia remaja yang dalam lingkungan tua setahun atau dua dari saya mendaftar di kaunter pendaftaran klinik.

RM 1, encik?
(Pendaftaran baru memerlukan bayaran RM 1 bagi pesakit yang belum pernah mendaftar )

Melihat pemuda tersebut terkial-kial menyeluk kocek dengan wajahnya yang agak terkejut.

“Saya ada syiling 80 sen je, kurang 20 sen” jawab pemuda itu sambil tersengih.

“Erm tak apalah, simpan jelah duit tue” kata penjaga kaunter.

“saya ingatkan free”...balas pemuda tersebut.

Saya dan emak saling berpaling. Lalu saya tersenyum..

Bukan tersenyum untuk menyindir pemuda tersebut tiada wang yang mencukupi RM 1., tetapi senyum akan betapa bukankah RM 1.00 kini sudah tiada lagi peranannya yang besar dalam kehidupan ini?

Dan peristiwa ini benar-benar mengajar saya akan satu perkara.

Jika difikirkan, dalam dompet saya waktu itu ada wang tunai yang melebihi RM 1, akaun bank saya juga ada simpanan yang melebihi RM 1, malahan biasiswa saya juga masih berbaki atas RM 1.

Dan disebabkan oleh semua perkara itulah, saya jarang memandang betapa bernilainya RM 1 itu pada diri saya.

Bukan saya sahaja, anda mungkin sama.

Jika anda menganggap RM 1 sangat bernilai, anda tidak akan menjadikan RM 1 sebagai duit raya yang selalu dberikan kepada anak-anak buah dan lain-lain, tetapilah anda berikanlah RM 50..

Jika anda menganggap RM 1 sebagai sangat bernilai, kita tidak akan melipat duit RM 1 itu sebagai gubahan bunga dan diletakkan bersama bunga plastik dan diselit di baju semasa majlis-majlis perkahwinan.



Jika kita menganggap RM 1 itu sangat bernilai, pastinya kita akan merancang dengan lebih teliti apa yang perlu dibeli dengan RM 1 itu.

Bagi pemuda itu..

Saya merasakan RM 1 adalah sangat bernilai untuknya.

Kerana mustahil dia tidak membawa wang jika bergerak keluar rumah, apatah lagi jika keluar ke pekan.

Bayangkan jika anda ke pasar malam atau pusat beli belah tetapi di poket anda hanya ada 50 sen, mahukah anda pergi?
Mungkin pergi tetapi dengan hati yang rawan dan gelisah sebab memikirkan tiada duit!!

Akhirnya saya sedar, saya kini sudah menjadi hamba duit secara tidak langsung.

Ibarat “ no money no talk” ..haha.

Saya memang risau jika cuti sem nanti saya tiada duit sebab saya perlu membayar untuk bermain badminton setiap minggu ataupun keluar minum bersama rakan-rakan di kampung.

Saya memang risau jika tiada duit pada awal sem disebabkan biasiswa yang masuk lambat dan tiada duit yang banyak untuk membeli barang-barang keperluan.

Lalu saya fikir, akhirnya mengapalah saya perlu risau pasal duit..

Mengapalah asyik duit, duit, dan duit..





Adalah lebih baik memikirkan bagaimana untuk memastikan hati ini tetap istiqamah pada jalan Allah.

Sebab rezeki kita Allah sudah tentukan sejak azali, kita risau kerana syaitan telah membisikkan perasaan was-was kepada kita.

Kita diberikan nikmat untuk menikmati lebih RM 1 dalam kehidupan semalam dan hari ini.




Hargailah kerana nikmat itu boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Jika anda melalui situasi seperti pemuda tadi, adakah anda akan berasa MALU?

Sekian.

Saturday, November 6, 2010

DETOX FOOT PATCH


Apa itu Detox Foot Patch?

Detox foot patch ialah sejenis pelekat dengan penyerap toksin yang dipakai pada kaki atau tumit untuk membantu menyingkirkan toksin. Terdapat pelbagai jenama di pasaran antaranya termasuklah Verseo, BodyPure, Takara, Chikusaku, Kinoki dan sebagainya.

Banyak pendapat yang pro dan contra tentang penggunaan detox foot patch ini. Bagi yang pro, ada yang mengatakan ia menguatkan badan, mengurangkan kesakitan lutut, memberikan anda tidur yang berkualiti dan sebagainya. Bagi yang contra pula, bagi mereka detox foot patch tidak mendatangkan apa-apa perubahan kesihatan. Dan mereka berfikiran tidak masuk akal patch yang sedemikian rupa boleh menyingkirkan toksin badan..

Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan detox foot patch tidak mendatangkan manfaat langsung kepada kesihatan. Sebelum saya mengenal detox foot patch,setiap kali berpeluh, bau peluh cukup memeningkan saya,kaki saya juga sentiasa melecet dan mengambil masa 3 hari untuk pulih, dan saya merasa tersangat letih sekiranya balik dari tempat kerja. Kalau dulu locum 3 hari sudah memenatkan saya. Tapi sekarang setelah menggunakan detox foot patch selama seminggu, terasa perubahan ketara tentang diri saya…bau peluh yang memeningkan sudah tiada, kaki saya sudah tidak lagi melecet dan yang paling penting, sekalipun hari-hari saya locum,letihnya jauh lebih kurang berbanding sebelum saya menggunakan detox foot patch…

Bermula ceritanya, saya ternampak di yahoo messenger status seorang junior saya yang sentiasa meletakkan statusnya detox foot patch… terasa meluat juga melihat iklan sedemikian…Suatu hari pada awal bulan ini, terdetik di hati saya untuk mengetahui apakah benda detox foot patch ini… tertarik dengan khasiatnya saya pun membeli produk kesihatan tersebut dari junior saya…dan sekarang setelah hampir 2 minggu, apa yang saya dapat ucapkan hanyalah Alhamdulillah…memang produk tersebut mujarab.

Bagaimana ia berfungsi?

Ia berfungsi dengan 2 cara. Yang pertama, ia merangsang titik akupuntur pada tapak kaki dan yang keduanya dengan menarik keluar toksin melalui peluh. Secara asasnya ia bertindak sebagai “vacuum cleaner” toksin yang menarik keluar bahan berbahaya melalui peluh.

Kandungan.

Secara umumnya bahan-bahan yang terkandung di dalam detox foot patch ialah tourmaline,debu pokok oak, cuka daripada buluh, pokok cypress, kulit carapace( mempunyai kuasa penyerap yang kuat ) dan beberapa jenis herba yang selamat digunakan.




Kulit carapase daripada ketam.



Kulit carapace udang sebagaimana yang diwarnakan dalam rajah di atas.



Tourmaline :

Tourmaline merupakan mineral yang membebaskan ion negatif dan tenaga infra-red. Secara umumnya ia dapat membantu peredaran darah, mengurangkan stress, meningkatkan tahap kewaspadaan dan menguatkan fungsi imun badan. (Niwa Institute for Immunology, Japan. Int J. Biometeorol 1993 Sep; 37(3) 133-8). Tenaga infra-red yang terhasil daripada tourmaline tersebut dapat merangsang titik refleksologi dan membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Ion negatif yang dibebaskan oleh tourmaline pula meningkatkan degradasi pengoksidaan serotonin yang mengurangkan serotonin di dalam badan. Pengurangan serotonin memberikan ketenangan kepada diri individu dan meningkatkan system pertahanan badan menentang jangkitan.

Cara penggunaan?



1. Anda boleh meletakkan patch tersebut pada bahagian tapak, bawah buku lali dan
juga tumit.

2. Anda boleh menggunakan lebih daripada 1 patch dalam satu masa.

3. Ia perlu digunakan pada kedua-dua belah kaki sekiranya anda mahu hasil yang
terbaik.

4. Ia harus dipakai selama 6-8 jam sehari untuk 15-20 hari. Selalunya ia dipakai pada waktu malam. Akan tetapi ia juga boleh juga dipakai pada siang hari asalkan tempoh masa pemakaian adalah selama 6-8 jam untuk memberikan kesan yang maksimum. Sekiranya pemakaian patch tersebut selesa di dalam stoking anda, apa salahnya jika memakai patch tersebut bukan?

5. Digalakkan penggunaannya sebanyak 3-4 kali setahun.

6. Digalakkan mengambil air kosong 8-10 gelas sehari untuk membantu proses detoksifikasi.

Siapakah yang boleh menggunakan detox foot patch ini?

Semua orang boleh menggunakan detox foot patch ini termasuklah ibu yang menyusukan anak. Akan tetapi ia tidak digalakkan penggunaannya bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dan perempuan mengandung.

Apakah kelebihan menggunakan detox foot patch ini?

1. Melegakan sakit dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh arthritis

2. Membantu meningkatkan system imun badan

3. Mengurangkan stress dan kebimbangan.

4. Membantu peredaran darah sekaligus mengurangkan bengkak pada tangan atau kaki.

5. Menyegarkan badan.

6. Membantu meningkatkan konsentrasi dan mental focus.

7. melegakan sakit kepala.

Apakah kesan sampingan detox foot patch ini?

Tiada kesan sampingan daripada detox foot patch. Sekiranya ada berkemungkinan disebabkan tindak balas alergi kepada bahan yang terkandung di dalam patch tersebut yang membawa kepada allergic dermatitis.


Kesimpulan

Detox foot patch dapat membantu peredaran darah, mengurangkan stress, meningkatkan tahap kewaspadaan,menyegarkan badan dan menguatkan fungsi imun badan. Ia boleh dipakai oleh semua.Akan tetapi pemakaiannya tidak digalakkan bagi kanak-kanak berusia kurang 2 tahun dan juga bagi ibu mengandung. Pemakaian detox foot patch hendaklah selama 6-8 jam untuk memberikan kesan yang maksimum.Kesan detox foot patch bergantung kepada tempoh penggunaannya.Terdapat pelbagai pandangan tentang penggunaan detox foot patch, ada yang negatif dan ada yang positif. Untuk mengetahui keberkesanannya, anda perlu mencubanya.Untuk diri saya, ia sudahpun terbukti berkesan.

Berminat untuk mencuba detox foot patch?

SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH INI :

http://www.tampal2u.com/?id=Mohd Mansor

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails