Thursday, December 31, 2009

ISU PENDIDIKAN : DI MANA HALA TUJU GRADUAN PENDIDIKAN IPTA

GRADUAN TAJAAN DISERAP AUTOMATIK

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Semua graduan tajaan Kementerian Pelajaran bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diberi jaminan akan diserapkan secara automatik dalam perkhidmatan kementerian itu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata graduan tidak ditaja Kementerian Pelajaran perlu membuat permohonan tetapi tiada jaminan penempatan ke sekolah apabila tamat pengajian.

Beliau berkata, ini kerana bilangan pelajar tajaan ditetapkan mengikut unjuran jumlah guru yang diperlukan di sekolah Kementerian Pelajaran apabila mereka tamat pengajian.

“Kementerian Pelajaran ada berhubung dengan IPTA untuk menentukan bilangan guru (diperlukan mengikut unjuran). Bagaimanapun, IPTA ada program sendiri, tidak semestinya pelajar yang dilatih dalam bidang keguruan untuk Kementerian Pelajaran saja

“Oleh itu, tidak timbul isu kerana kementerian sudah ada unjuran. Universiti kadang-kadang melatih lebih ramai pelajar untuk keperluan tempat lain seperti sektor swasta. Tiada masalah kerana pelajar tahu bahawa mereka yang ditaja akan automatik memasuki Kementerian Pelajaran apabila tamat pengajian,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Manifestasi Perdana Seni Khat 2009M/1430H di Muzium Kesenian Islam Malaysia, di sini semalam.

Mohd Fadil Sulaiman muncul johan seni khat thuluth, manakala seni khat nasakh dimenangi Mohd Zulfikri Mohd Sobri dan seni khat riq`ah ialah Zawadi Che Seman bagi peringkat dewasa kategori Seni Khat Tradisional Di Atas Kertas (Spontan).

Wan Mohammad Amirul Akmar Wan Rasid muncul johan Seni Khat Nasakh dan Riq`ah peringkat bawah 18 tahun. Johan kategori Seni Lukisan Khat Tradisional Atas Kanvas peringkat terbuka ialah Mohd Shafiq Mohamad dan johan kategori Seni Lukisan Khat Kontemporari Atas Kanvas terbuka, Ahmad Jurjani Hishamudin.

Laporan akhbar semalam memetik Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, sebagai berkata penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari IPTA ke sekolah hanya akan dibuat berdasarkan kekosongan jawatan dan pengkhususan mereka kerana kementerian terpaksa memberi keutamaan kepada lulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dari 27 institut pendidikan guru (IPG) seluruh negara.

Sambil menjelaskan guru Bahasa Inggeris dan Matematik ialah antara keperluan kritikal, Alimuddin berkata, graduan bukan tajaan kementerian perlu menunggu iklan permohonan yang kadang kala dua kali setahun untuk memasuki perkhidmatan pendidikan melalui proses biasa, termasuk menduduki Inventori Sahsiah

Keguruan (Insak) serta menjalani temu duga.

Mengulas isu sama, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan, menasihati graduan tidak terlalu mengharapkan kerjaya perguruan kerajaan, sebaliknya mencari peluang mengajar dalam sektor swasta serta di luar negara.

“Ini kerana IPG lebih memberi latihan kepada bakal tenaga pengajar mengikut keperluan semasa, sedangkan graduan pendidikan IPT lebih kepada bidang mereka sendiri bukan berdasarkan keperluan,” katanya.

PANDANGAN PERIBADI :

Walaupun aku antara insan yang dimurahkan rezeki untuk mendapat tajaan KPM ini, tetapi aku sendiri tidak yakin dengan dasar Kementerian Pelajaran. Mereka senantisa mengubah dasar dan pendirian. Entah lepas ini apa pula yang akan terjadi.

Persoalan utama ialah mengapa mereka lebih mengutamakan keluaran KPLI / DPLI? dan mengabaikan PISMP IPTA. Sia-sia sahaja belajar selama 4 tahun di sini, tetapi apabila tamat belajar, KPM memberi keutamaan kepada mereka yang menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan terakhir. Harus diingatkan bahawa kebanyakan pemohon KPLI/DPLI ialah mereka yang GAGAL mendapat kursus pendidikan semasa memohon IPTA dahulu. Maka dimana rasionalnya mereka itu diutamakan??? Hanya semata-mata mereka mendapat elaun dari KPM? Sepatutnya graduan pendidikan di IPTA yang lebih layak menerima elaun.

Walaubagaimanapun, rezeki kita sudah ditentukan sejak azali oleh Allah S.W.T.. Kepada rakan-rakan di UPSI, kita sememangnya TIDAK DIJANJIKAN sebarang jawatan untuk menjadi guru melainkan sedikit harapan apabila ditaja oleh pihak KPM. Jadi kita seharusnya perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal kerana dalam masa beberapa tahun ini, pelbagai peristiwa yang tidak terjangka akan berlaku.

UPSI semakin kabur dan kabut dalam menentukan nasib para pelajarnya.

Semester Baru Bermula Semula

28 Desember 2009 bersamaan isnin lalu bermulah semester 2 sesi 2009/2010 pengajian aku d sini, Ibu Kandung Suluh Budiman..terasa malas nak balik..kerana siti najiha dan siti nazira sudah terlalu rapat denganku..namun perjuangan harus juga diteruskan..demi masa depan..hehe..

Alhamdulillah, seminggu sebelum pengajian bermula..biasiswa Kementerian telah pun masuk ke akaunku..dapatlah juga berbelanja sedikit..dan yang penting dapat menghilangkan beban emakku yang selama ini x putus2 menghulurkan wang kepada aku.. Syukur kepada Allah S.W.T..dan hari ini juga sangat mengejutkan kerana wat kali kedua biasiswa telah masuk dengan jumlah yang hampir sama..esok kena p HEP nie..erm...

hari ini dah hari keempat aku memulakan pengajian.. Alhamdulillah pensyarah semua bagus2 dan berkualiti...sekurang2nya ada motivasi untuk belajar..results sem 3 juga melepasi sasaran..syukur dengan izinnya..aku mencapai kecermelangan akademik d upsi ini..apa yang penting aku harus konsisten..

Semester 4 ini juga menyaksikan aku telah berpindah satu tingkat ke bawah, berbanding tingkat 9 sem lepas..dan roommate baru yang agak....ermmm..nthlah.,..

apa-apa pun..semoga semester 4 ini aku akan akhirinya dengan hati yang cekal, kerana tidak pasti lagi apa dugaan yang bakal dirintangi..hanya dengan tekad yang kukuh..aku akan harunginya..walaupun x sabar untuk menghabiskan 8 semester d sini..

Tuesday, December 8, 2009

Mengejar kejayaan dunia...akhirat bagaimana?

"Salam Amri, hujung minggu nie ada majlis fikir-fikir agama di Masjid Bernam Jaya..marilah pergi" ujar rakan baikku..Saiful.

Sedang aku baru Tahun 1 ketika itu, apalah sangat kemahuan hati ini nak pergi..
syaitan lalu menghunuskan ideologinya..."x usahlah pergi, baek kau tido jerk..x pun maen PES ke ahad nie"..(ya idea yang bernas dari si penggoda)..

lantas aku teringat kembali akan perbualanku bersama seorang pendakwah semasa sedang berbual di masjid jamek di kg satu ketika dulu..

"Assalamualaikum.." dan aku menjawab salam itu..

"dh kt mana skrang nie bang? dulu tingkatan 6 kan..da kerja ke?"

"x lah pak cik, skrng dh sambung blajar...kt tg.malim"

"ouh..pak cik tau tempat tue..dekat ngan kuala kubu kan,,bguslah nak..carilah ilmu sebanyak mgkin..tpi jgan dilupakan juga bekalan untuk ke akhirat kelak"..

"ya..pak cik.."..

aku perasankan sesuatu, bahawa aku kadang2 tidak bersungguh2 untuk melakukan apa yang telah aku azamkan.sentiasa alpa, leka dengan nikmat hidup.. (Lantas Amri!! Kamu perlu bangkit)..

Berbalik ke majlis fikir2 agama.... (BERSAMBUNG)..

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails