Sunday, August 29, 2010

KOMSAS DAN EDU 3046

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya masih tangan ini mampu menaip secebis putaran idea.

Minggu ke-7 kuliah sememangnya merasai beban tugasan yang berat dan sukar terutamannya bagi subjek Komsas ini.

Setiap tugasan perlu menyiapkan rancangan mengajar dan mengajar pula di hadapan kelas dan semua ini akan dinilai oleh pensyarah. Aduhai betapa peningnya, sakitnya dan sengsaranya untuk menyiapkan satu RPH dan juga ABM nya sekali.

Namun akhirnya mencuba yang terbaik dalam kumpulan.

Video dirakam dan diedit, aktiviti disusun dan dibaikpulih, set induksi memerlukan sekali lagi ke sungai samak..dan akhirnya..segala kerja keras kami..

“tahniah, satu pembentangan yang bagus, saya bagi kumpulan kamu 20/20 untuk tugasan kedua ini”

Alhamdulillah ... nampaknya kerja keras berbaloi juga..kepuasan dinikmati dan dikecapi.


sesi penggambaran

Bersyukur kepadanya..walaupun tugasan pertama agak mengecewakan, namun kami bangkit dari kesilapan.

Walaupun agak risau untuk “dikondem” lagi, namun kita hanya merancang, akhirnya Tuhan menentukan.

Dan untuk subjek EDU 3046 pula, ada kuiz pula petang ini namun masih lagi tidak menghafal mana-mana isi. Dan hanya tinggal 2 jam lebih sahaja lagi untuk mengambil kuiz tersebut, lalu diri hanya tawakal sahajalah sebab masa sudah “dicuri” untuk subjek Komsas.

Aduhai..mengantuknya.

Thursday, August 19, 2010

Haiwan pun ada perasaan


SEEKOR lembu jantan melompat keluar dari gelanggang ke tempat duduk penonton di arena Tafalla berhampiran Pamplona, Sepanyol, semalam. Seramai 30 penonton cedera apabila lembu itu mengejar dan menanduk mereka.

Terimalah balasan atas kekejaman menyeksa lembu tersebut. Sepanyol terkenal dengan aksi matador bersama lembu di dalam gelanggang yang dibina khas, dan kebiasaannya bagi "mengamukkan" lembu itu, lembu itu akan disakiti terlebih dahulu dengan kaedah2 tertentu.

lalu, terimalah balasannya wahai penonton yang kegembiraan menganiaya lembu itu.

Masya-Allah.

Ada Ilmu tapi tidak amal

Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah S.W.T dapatlah lagi melalui bulan mulia bulan penuh keberkatan bagi yang mengamalkannya.

Kali ketiga berpuasa di Tanjung Malim sebagai seorang musafir yang menuntut ilmu memerlukan diri lebih peka dalam mengatur masa seharian.

Tazkirah tarawikh hari ini sangat menarik perhatian kerana imam muda tersebut menyentuh soal aurat muslimat yang membeli juadah berbuka di bazar ramadhan KUO khususnya dan juga pasangan yang duduk ber”dua-dua”an di tepi sungai (bertentangan dengan kedai pizza depan KHAR).

Apabila berkata mengenai aurat, jika dilihat sekarang ini waima dimana-mana sahaja seperti pasar raya, kedai makan dan sebagainya kita tidak akan dapat lari dari melihat “aurat” wanita muslim. Malahan drama-drama televisyen juga aktif memaparkan pelakon yang “berbogel” dalam pakaian. Kita boleh lihat berapa kerat lah sangat pelakon-pelakon wanita yang menutup aurat ini?

Inilah manusia bila ada ilmu tetapi tidak amal.

Berbalik kepada mahasiswi yang membeli juadah di KUO, sebenarnya agak ramai juga yang berbaju lengan pendek walaupun mereka memakai tudung.

Apakah sebenarnya mereka tidak tahu akan batas-batas aurat mereka kepada yang bukan muhrim?

Agak mustahil tidak tahu kerana mereka ialah MAHASISWI UNIVERSITI. Pendidikan formal mereka sejak sekolah rendah lagi adakah langsung tiada menyentuh soal aurat?

Teringat pula ceramah Ustaz Kazim yang menyatakan bahawa pahala puasa lelaki akan menjadi “kurus” pada petang hari apabila mengunjungi Bazar Ramadhan. Ada benarnya kata-kata Ustaz.

Petang tadi pula ada seorang sahabat mengajak ke Bazar Ramadhan Tanjung Malim dan juga situasi yang sama berlaku. Di sana-sini wanita berpakaian mendedahkan aurat. Seolah-olah tiada lagi rasa “malu” dalam diri mereka. Sebaliknya mereka mungkin berasa “bangga” tubuh badan mereka menjadi perhatian. Kita seolah-olah sudah menjadi masyarakat yang mengamalkan gaya hidup bebas tanpa pegangan agama yang kukuh. Siapa yang akan tegur anak-anak muda yang tidak menutup aurat itu? Semuanya melihat sahaja seolah-olah meredhakan perbuatan terkutuk itu.

Di situlah pentingnya peranan Ibu Bapa dan juga guru-guru di sekolah. Kita manusia memang sentiasa pelupa dan atas dasar itulah kita perlu saling ingat-mengingati.

Lalu untuk mengetahui batas-batas aurat wanita ini, silalah baca artikel ini di ...

http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273-aurat-wanita-muslimah-menurut-syarak


Berlainan pula yang duduk berdua-duaan di tepi sungai. Jika kalian sudah sah bergelar suami isteri pun, ada batasnya bermesra di khalayak umum, apatah lagi dengan belum ada apa-apa perhubungan yang sah dari hukum syarak? Andai sungai itu mampu menghasilkan tsunami, mati kataklah di situ. Bahkan musibah itu tentunya akan menimpa bangunan KHAR juga bukan? Allah akan mendatangkan bala bukan hanya kepada yang melakukan kemungkaran, sebaliknya kepada semua masyarakat yang berada di dalam komuniti tersebut walaupun anda tidak melakukan kemungkaran tersebut. Jadi beringat-ingatlah kita sedang remaja kita kini sedang kembali ke era masyarakat jahiliah. Tidak percaya? Bacalah artikel ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mayatditemuicelahplastik/Article

tidakkah sama dengan masyarakat zaman jahilliah dulu yang menanam anak perempuan hidup-hidup? Tetapi masyarakat Melayu agak advanced lagi. Kan ini zaman moden? Tidak begitu?


Perkara ini hanyalah sekadar ulasan dan pandangan peribadi sahaja. Sebagai insan yang lemah, iman akan sentiasa diuji oleh syaitan yang dilaknat secara berterusan. Hanya kepada ALLAH tempat kita berlindunglah. Lalu pohonlah segera kepada-Nya.



Amin.

Sunday, August 8, 2010

HADIAH HARI JADI YANG TERBAIK UNTUK SAHABAT BAIK

Minggu lalu menerima panggilan telefon dari sahabat yang baru sahaja menghabiskan pengajian diplomanya di Kolej Kejururawan Ipoh (Kolej tajaan kerajaan (SPA)).

Sahabat ini menyatakan bahawa maklumat penempatan telahpun dikeluarkan dan dirinya telahpun ditempatkan di....

Hospital Melaka.

Dia diminta untuk melaporkan diri pada padi isnin 9/8 dan hari tersebut merupakan tarikh kelahirannya di muka bumi ini.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Mohd Hafiz Bin Ahmad Johari kerana memperolehi hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidup anda, kurniaan dari Ilahi.

Kami adalah rakan seperjuangan di sekolah, namun akhirnya memilih untuk membina kerjaya masing-masing dalam bidang yang berbeza.

Rakan yang sedia berkongsi susah dan senang, yang boleh berkongsi masalah dan juga seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan sahabat-sahabatnya yang lain.

Bukan mudah untuk mencari sahabat sebegini sedang rakan sama senang sangat ramai, bila susah masing-masing mencari alasan.

Tahniah kepada hafiz yang sememangnya menginginkan petempatan di Muar @ Melaka. Katanya mudah dan dekat untuk balik kampung (hehe ke ade si FR kat kampung tue Hafiz?)

Agak ralat juga memikirkan kebanyakan rakan-rakan sekolah sudahpun menghabiskan pengajian mereka sama ada diploma @pun Ijazah.

Agak terkesima juga melihat kebanyakan rakan-rakan yang sudah bekerja sudahpun mempunyai kereta sedang diri ini tiada apa-apa lagi.

Namun tidaklah pula sampai menyalahkan takdir. Tidak perlu rasanya.

Kerana setiap perkara yang berlaku tidak dijadikan sia-sia oleh-Nya.


Sahabat-sahabat baik yang sedang membina masa hadapan masing-masing.

Kisah Pagi itu...

Terasa agak mengantuk apabila menghadiri Seminar Suluk pada pagi sabtu itu.

Apatah lagi melihat bagaimana sesuatu bangsa itu diagung-agungkan melalui seminar sebegini. Perlukah sebenarnya?... Namun itulah yang mencorak norma kehidupan masyarakat kita.

Lalu mencari idea untuk melakukan perkara lain dan bingkas berbangkitlah kaki untuk ke perpustakaan Tuanku Bainun di bangunan bersebelahan.

Sebenarnya bukanlah hendak meminjam buku, tetapi terasa sangat tidak berminat pula untuk menyambung dengar seminar tersebut.

Menjelang 1 jam setengah di dalam perpustakaan, kaki pun dihayun untuk menuju ke pintu keluar.

“Eh, Cikgu Wahab????”

“Sir?”

“Eh, what are u doing here”

“I’m student here”

*Cikgu Wahab ialah Cikgu Muet dan P.Am, terpaksa pula ber”speaking”.

Lantas kami terus sahaja berbual-bual kosong sebentar. Siapa menjangka akan berjumpa dengan bekas guru di tempat pengajian ini. Malahan dengan diri ini baru sahaja selesai melakukan ROS, maka pastinya beliau tidak akan melupakan bekas muridnya ini.

Tidak lama kemudian, Cikgu Wahab meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap krisis pentadbiran yang berlaku di Sekolah dan keinginannya yang kuat untuk berhijrah kepada kerjaya pensyarah.

Tahun 2007 adalah tahun terakhir beliau diamanahkan untuk mengajar tingkatan 6, selepas itu beliau hanya mengajar menengah rendah sahaja. Sempat juga berjumpa dengannya usai sahaja keputusan STPM diumumkan dahulu dan pada waktu itu ada juga diluahkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.

“Kalaulah saya gagal mengajar kelas kamu dengan baik, takkanlah kamu mampu mencapai A?, siapa rakan sekelas kamu yang perempuan tue?”

“erm.. N****** ke?”

“aa yang gagal P.AM tue, dia bukan hendak belajar di dalam kelas”

Banyak juga perkara lain yang diluahkan pada pertemuan tidak terjangka ini, dan barulah benar-benar terbuka minda ini akan tugas guru bukan sahaja menghadapi cabaran di dalam kelas tetapi juga di luar kelas itu sendiri.

“Saya tak sabar nak habiskan pengajian Sarjana saya ni, saya nak bertukar ke tempat lain, tempat asal saya”

Dari riak muka cikgu Wahab, dapat difahami betapa bergeloranya perasaan dia waktu itu.

“Di sekolah saya langsung tiada waktu rehat, apatah lagi dirumah, waktu rehat saya yang sebenar ialah perjalanan menaiki bas dari tg.malim ke segamat”

Katanya sayu...

“Saya yang buat kerja, orang lain yang dapat nama”

Erm, apa lagi mampu dikatakan.

Diri ini hanya mampu menjadi pendengar yang baik, tidak pula memberikan nasihat kerana rasanya beliau hanya mahu meluahkan isi hatinya berkaitan isu-isu yang wujud dalam persekitaran pekerjaanya, iaitu di sekolah.

Zamri yang berada bersebelahan juga hanya diam membisu. Mendengar perbualan bermakna antara bekas guru dan murid. Ketajaman fikirannya tidak dinafikan jadi mungkin dia memahami isi-isi perbualan tersebut walaupun dia hanya mensedekahkan senyuman sekali sekala.

Tiba-tiba handset bergetar menandakan ada mesej baru masuk.

“wei cpat r mai audi, aku nak balik dh nie”

Lalu pertemuan tidak disangka ini tamat disitu.

“Cikgu nak study kt library?”

“ya saya banyak keje lagi nak siapkan, dalam pukul 5 nanti baru saya pergi stesen bas, kira-kira 10 ,11 malam nanti sampai lah labis”

Teringat kembali kata-kata Cikgu Wahab “itulah waktu rehat saya yang sebenar”

Meingatkan kembali zaman sekolah, terasa begitu menggembirakan. Apatah lagi di tingkatan 6.

Belajar di UPSI tidak terlalu menghiburkan berbanding zaman persekolahan. Erm..

Terima Cikgu Wahab kerana cikgulah saya mampu mendapat A+ subjek Pengajian Am.

Semoga Allah memberkati perjalanan hidup Cikgu Wahab. Semoga Allah merestui perjuangan Cikgu Wahab. Amin.


Gambar bersama Cikgu Wahab semasa menjalani latihan Ros di sekolah.

Monday, August 2, 2010

Bersyukurkah kita...

Usai sahaja bermain badminton pada malam tadi, kami berenam iaitu Badri, Azmil, Wan Zor, Due dan Shahir Sastera terus sahaja ke kedai makan pyior untuk menikmati air buah-buahan.

Memesan air "Nenas"..memang terasa nikmatnya. Alhamdulillah.

Rancak sahaja perbualan mereka pada malam itu.. sehinggalah .

"erm, x berapa sedaplah makanan kt kedai nie"

"demo rasa guano"

"sedap x sedap, yang penting dapat makan. itupun dah kira bersyukur sangat. Kau tau x, masyarakat di negara S****(negara miskin Africa), purata mereka makan hanya sekali dalam seminggu"

"sekali dalam seminggu?"

"bersyukur sangat kita lahir di Malaysia, dan sebagai seorang Islam"

"bersyukur aku"


Biasalah manusia, kadang-kadang bila sesuatu itu tidak menepati citarasa kita, mudah sahaja untuk kita mengkritik dan memberikan komen negatif..

mungkin kita terlalu banyak pilihan dalam hidup ini.

namun..

manusia-manusia di bawah ini tidak mampu untuk membuat pilihan dalam hidup mereka..


Berilah kami makanan , namun kita pula membuang makanan begitu sahaja



berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


Menagih simpati yang sia-sia



Apa lagi yang boleh dikatakan melihat si kecil yang kelaparan


Kita diberi pelbagai nikmat yang tidak terhingga dan Allah memilih kita untuk merasai nikmat-nikmat itu dan sebaliknya bagi insan-insan di dalam gambar tersebut.

Namun sejauh mana kita bersyukur dalam kehidupan kita?

Sebaliknya setiap hari kita merungut, merungut dan merungut.

Andai satu hari nanti semua nikmat yang sedang kita perolehi ini ditarik balik oleh yang Maha Esa..masih sempatkah kita untuk berkata..

"bersyukurnya aku tinggal di bumi Malaysia ini"

kita sama-sama saling ingat mengingati..

sekian.

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails