Tuesday, January 5, 2010

Ibu cekup anak berasmara

KUANTAN: Tindakan seorang pelajar Tingkatan Empat memasuki bilik teman wanitanya untuk memadu asmara di sebuah rumah di Balok, di sini, dikesan ibu pelajar terbabit awal pagi semalam.

Pelajar terbabit dikatakan memasuki rumah teman wanitanya kira-kira jam 12.30 pagi melalui pintu belakang.

Ibu mangsa berusia 30-an yang terjaga dari tidur pada kira-kira jam 4.30 pagi terkejut apabila mendapati pintu pagar belakang rumahnya terbuka dan tidak berkunci

Wanita terbabit berasa tidak sedap hati kemudian memeriksa rumah sebelum menuju ke bilik anak perempuannya selepas terdengar bunyi mencurigakan.

Sebaik membuka pintu, ibu terbabit melihat anaknya masih belum tidur dan mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.

Selepas diperiksa, wanita terbabit tergamam apabila melihat seorang remaja lelaki bersembunyi di sebalik pintu bilik berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa pelajar perempuan terbabit tiada di rumah kerana pergi ke pasar borong di bandar ini untuk membeli barangan kedai runcitnya.

Ibu gadis terbabit yang terperanjat dengan kehadiran remaja lelaki menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku sebelum bertindak memaklumkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Beliau berkata, pelajar lelaki terbabit kini direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Sumber : Berita Harian Online.

Sedikit kata2:

Tidak dinafikan bahawa sngguh, sangat, malahan begitu terkejut membaca berita sebegini. Sangat memalukan.

Tidak ada lagikah nilai2 murni dalam masyarakat kita kini?? Budaya seks bebas, minum arak, nombor ekor kian berleluasa dalam kalangan masyarakat MELAYU kini.

Kisahkah kita??

2 comments:

  1. salam ziarah. selamat datang ke dunia blogger yang penuh cabaran. tulis apa yang difikirkan benar. jangan sekali fikiran kita dibellenggu oleh orang lain. itu sahaja kebebasan yang kita ada kini. teruskan prjuangan

    ReplyDelete
  2. ish2,.teruk betul generasi hari ni,.

    ReplyDelete

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails