Wednesday, January 13, 2010

Sambutan Tahun Baru : Sambutan Melihat Maksiat di Kuala Lumpur..


Khamis malam Jumaat 2 minggu lalu, aku berkesempatan ke KL dengan rakan2 menaiki motosikal.. untuk melihat kemeriahan tahun baru di KL.

Perjalanan sedikit terganggu apabila mtor ijam mengalami kbocoran tayar berhampiran persimpangan keluar Bukit Beruntung.. kena casz RM40 nak tukar tiub.. untunglah peniaga sampingan tue..

Pada mulanya agak keberatan untuk pergi, memandangkan aku baru sahaja pergi Shah Alam petang tue..tapi dsebabkan ajakan membe yg semangat giler nak p..maka follow saja lah..

tiba KL dalam jam 12 lebih..masa tue nampak lah sket2 bunga api.. lepak berhampiran Dataran Merdeka..menyambut ribuan manusia yang berduyun-duyun keluar dari Dataran Merdeka..

Ridzuan menyapa dengan berkata :

"Nasib baiklah Tanjung Malim x macam KL, aku rasa x boleh hidup dengan suasana kat KL nie"..

tersenyum..memahami kata2 dia..

Melayu = Islam..tapi dah mcam x ada agama..

Melayu KL : Hilang pegangan diri.. oh melayu..kau makin LAYU... kau makin SAYU.. kau

makin PILU..Lemas dalam dakapan SYAITAN.. Lemas dalam dakapan sang Jantan Durjana..


Beribu2 manusia sanggup meredahi kesesakan jalan raya untuk menyambut tahun baru di Dataran Merdeka, Beribu2 manusia sanggup bersesak untuk melihat konsert di Dataran Merdeka.. Namun hanya beratus sahaja yang memnuhi Masjid Negara untuk membaca doa akhir dan awal tahun sempena tahun baru Islam..

Mantap sngguh melihat gadis2 dan jejaka melayu d KL..

>skirt paras lutut = mantap bagi jantan gersang..
>togok arak d depan umum = kejayaan bagi sang syaitan celaka..

Islam kini hanya tinggal nama, pegangan ntah ke mana..

Nasib baek x berlaku GEMPA BUMI kat KL malam tue..
kalu x.......

Pasne aku x mau dah ikut p tengok sambutan Tahun 2011 kAT KL kelak..

cukuplah dengan penyiksaan yg aku tengok..

si MELAYU yang LAYU..

Tuesday, January 5, 2010

Ibu cekup anak berasmara

KUANTAN: Tindakan seorang pelajar Tingkatan Empat memasuki bilik teman wanitanya untuk memadu asmara di sebuah rumah di Balok, di sini, dikesan ibu pelajar terbabit awal pagi semalam.

Pelajar terbabit dikatakan memasuki rumah teman wanitanya kira-kira jam 12.30 pagi melalui pintu belakang.

Ibu mangsa berusia 30-an yang terjaga dari tidur pada kira-kira jam 4.30 pagi terkejut apabila mendapati pintu pagar belakang rumahnya terbuka dan tidak berkunci

Wanita terbabit berasa tidak sedap hati kemudian memeriksa rumah sebelum menuju ke bilik anak perempuannya selepas terdengar bunyi mencurigakan.

Sebaik membuka pintu, ibu terbabit melihat anaknya masih belum tidur dan mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.

Selepas diperiksa, wanita terbabit tergamam apabila melihat seorang remaja lelaki bersembunyi di sebalik pintu bilik berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa pelajar perempuan terbabit tiada di rumah kerana pergi ke pasar borong di bandar ini untuk membeli barangan kedai runcitnya.

Ibu gadis terbabit yang terperanjat dengan kehadiran remaja lelaki menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku sebelum bertindak memaklumkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Beliau berkata, pelajar lelaki terbabit kini direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Sumber : Berita Harian Online.

Sedikit kata2:

Tidak dinafikan bahawa sngguh, sangat, malahan begitu terkejut membaca berita sebegini. Sangat memalukan.

Tidak ada lagikah nilai2 murni dalam masyarakat kita kini?? Budaya seks bebas, minum arak, nombor ekor kian berleluasa dalam kalangan masyarakat MELAYU kini.

Kisahkah kita??

Doktor, Islam dan Logik : Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.


Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.


Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu men jadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.


Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibody melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana,


5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju!, bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

Sunday, January 3, 2010

Debat Professor Atheist Dengan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah
Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?
(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.
Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Saturday, January 2, 2010

KENYATAAN MEDIA Y.B DR. HAJI MOHD PUAD BIN HAJI ZARKASHI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA


Saya selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bertanggungjawab untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob dalam kiriman e-mel yang telah disiarkan oleh Buletin Utama pada 1 Januari 2010 jam 8.00 malam mengenai pengambilan guru-guru lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada IPTA termasuk daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

1. Ada sedikit kekeliruan pada kenyataan Naib Canselor tersebut mengenai isu lebihan guru. Beliau menggunakan data pengambilan pelajar barudi UPSI untuk semester 1 bulan Julai 2009 untuk menyatakan pengambilan pelajar tersebut mengikut unjuran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebenarnya isu yang saya bangkitkan ialah masalah mereka yang telah tamat pengajian di seluruh negara yang masih lagi belum mendapat penempatan. Ini kerana berlaku lebihan pengambilan pelajar oleh IPTA pada tahun-tahun sebelumnya.

2. Beliau turut mempertikaikan jumlah yang diunjurkan oleh KPM adalah terlalu kecil dan tidak munasabah. Saya ingin menjelaskan bukan UPSI sahaja yang menawarkan program Sarjana Muda Pendidikan malah IPTA lain juga turut menawarkan kursus yang sama termasuk mereka yang mengambil Sarjana Muda Pendidikan di universiti swasta dan luar negara. Ini menyebabkan berlakunya lebihan penawaran apabila ianya tidak diselaraskan dengan baik.

3. Ada IPTA mendakwa, unjuran tersebut tidak ekonomikal untuk dilaksanakan sebab itu mereka menawarkan juga kepada pelajar-pelajar lain yang memohon untuk mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan. Alasan IPTA tersebut ialah supaya mereka yang tidak mendapat tempat ini boleh bersaing di pasaran terbuka. Kesemua faktor ini menjadi penyumbang kepada isu lebihan penawaran guru untuk sekolah menengah.

4. Suka saya menegaskan memang benar Kabinet telah memutuskan latihan guru untuk sekolah rendah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Manakala IPTA termasuk UPSI melatih bakal guru untuk sekolah menengah. Namun Prof. Dato’ Dr Aminah Ayob, perlu telus dan mengakui terdapat juga IPTA termasuk UPSI sendiri yang menyediakan program Sarjana Muda Pendidikan untuk sekolah rendah dan pra-sekolah. Walau bagaimanapun KPM tetap menerima graduan tersebut untuk ditempatkan di sekolah rendah dan pra sekolah selagi terdapat kekosongan.

5. Untuk rekod, sebenarnya mereka yang diambil menjadi pelajar tajaan KPM baik dari IPTA mahupun IPGM semuanya mendapat penempatan untuk mengajar kerana mereka telah ditemu duga melalui proses Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) yang dikendalikan oleh guru-guru cemerlang dari KPM. Hanya mereka yang tidak melepasi proses ini sahaja yang perlu bersaing di pasaran terbuka.

6. Oleh itu tidak timbul soal para graduan pendidikan dari IPTA dianak tirikan dan merasa tidak bermotivasi. Mereka perlu bersedia untuk bersaing di pasaran terbuka dan di sektor swasta. Malah mereka perlu sedar bahawa menjadi guru memerlukan kecekalan kerana mereka mungkin akan dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengajar. Jika kerana isu ini mereka telah menjadi lemah semangat bagaimanakah mereka mahu menghadapi cabaran di alam pekerjaan sebagai guru kelak.


rujuk : http://puadzarkashii.blogspot.com/2010/01/kenyataan-media.html

Gempar : Facebook kepunyaan Israel laknatullah!!!


Salam Semua
Please comment whether this is true? FACEBOOK actually belong to Israel.
Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti... 3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya. 5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel 6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!!
Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.
Aku tak laa baik sangat. Tapi aku Boikot Facebook ,Aku tak sanggup tengok saudara seislamku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan. p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Friday, January 1, 2010

Rakyat Didahulukan : Hadiah Tahun Baru Harga Gula Naik 20 sen


PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini Khamis.

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails