Jika kesedihan datang mengurung, kedukaan tinggi menggunung, maka ucaplah "La ila haillallah"
Wednesday, January 13, 2010
Sambutan Tahun Baru : Sambutan Melihat Maksiat di Kuala Lumpur..
Khamis malam Jumaat 2 minggu lalu, aku berkesempatan ke KL dengan rakan2 menaiki motosikal.. untuk melihat kemeriahan tahun baru di KL.
Perjalanan sedikit terganggu apabila mtor ijam mengalami kbocoran tayar berhampiran persimpangan keluar Bukit Beruntung.. kena casz RM40 nak tukar tiub.. untunglah peniaga sampingan tue..
Pada mulanya agak keberatan untuk pergi, memandangkan aku baru sahaja pergi Shah Alam petang tue..tapi dsebabkan ajakan membe yg semangat giler nak p..maka follow saja lah..
tiba KL dalam jam 12 lebih..masa tue nampak lah sket2 bunga api.. lepak berhampiran Dataran Merdeka..menyambut ribuan manusia yang berduyun-duyun keluar dari Dataran Merdeka..
Ridzuan menyapa dengan berkata :
"Nasib baiklah Tanjung Malim x macam KL, aku rasa x boleh hidup dengan suasana kat KL nie"..
tersenyum..memahami kata2 dia..
Melayu = Islam..tapi dah mcam x ada agama..
Melayu KL : Hilang pegangan diri.. oh melayu..kau makin LAYU... kau makin SAYU.. kau
makin PILU..Lemas dalam dakapan SYAITAN.. Lemas dalam dakapan sang Jantan Durjana..
Beribu2 manusia sanggup meredahi kesesakan jalan raya untuk menyambut tahun baru di Dataran Merdeka, Beribu2 manusia sanggup bersesak untuk melihat konsert di Dataran Merdeka.. Namun hanya beratus sahaja yang memnuhi Masjid Negara untuk membaca doa akhir dan awal tahun sempena tahun baru Islam..
Mantap sngguh melihat gadis2 dan jejaka melayu d KL..
>skirt paras lutut = mantap bagi jantan gersang..
>togok arak d depan umum = kejayaan bagi sang syaitan celaka..
Islam kini hanya tinggal nama, pegangan ntah ke mana..
Nasib baek x berlaku GEMPA BUMI kat KL malam tue..
kalu x.......
Pasne aku x mau dah ikut p tengok sambutan Tahun 2011 kAT KL kelak..
cukuplah dengan penyiksaan yg aku tengok..
si MELAYU yang LAYU..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment