Thursday, July 15, 2010

Petrol naik 5 sen, gula 25 sen

*Harian Metro Online*

2010/07/15

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.


Sementara gula aakan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Setiap orang harus dan mesti tahu kesan gula yang banyak negatif dari positif. Harga makin naik tapi kita pun makin banyak guna. Langkah terbaik kurangilah penggunaan gula dalam kehidupan. Dari kita hendak merungut dan ber"demonstransi" tentang kenaikan harga barang, hanya penat kita dapat.. Baik duduk rumah lagi bagus. Orang kita ini suka merungut, tidak suka bersyukur bukan?


tapi yang tidak bagusnya ialah :



Perkara berkaitan petrol memang sensitif kerana petrol merupakan keperluan utama untuk berjuta-juta kenderaan di Malaysia. Kesan kenaikan ini berlaku juga pada diri terutamanya semester ini kelas begitu banyak dan kerap di Proton City. Alamak larilah bajet untuk minyak sahaja..belum lagi kos2 lain. Ahli-Ahli Parlimen Malaysia yang bodoh sombong akan berkata "kenaikan ini tidak akan meyusahkan rakyat"..


"Tidak menyusahkan rakyat"?

Fikir2kanlah sendiri apabila boleh berfikir.

sekian.

1 comment:

  1. sebagai bakal staff nurse, saya ingin menasihati kepada semua, jagalah kesihatan masing2, di Malaysia, kadar pesakit yang menghidap penyakit Diabetis atau kencing manis amat tinggi, ingatlah, diabetis boleh menyebabkan komplikasi pada renal,mata dan neurologi... beringat sebelum terlambat, kurangkan gula dalam minuman, tmbhkan gula dalam senyuman,huhu

    ReplyDelete

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails