Sempat juga membeli buku terbaru semasa jualan buku di perpustakaan UPSI..
"30 Wasiat Imam Syafie" yang dihimpunkan dalam satu buku oleh Khairul Ghazali..
Semasa membelek2 buku ini, satu tajuk nie begitu menarik dan menyentuh rasa..sebab juga ada kaitan dengan kelemahan diri.. Kelemahan yang telah lama cuba dibaiki, tetapi masih lagi seperti dulu...
Erm..Harga diri individu itu sebenarnya berdasarkan apa yg dilakukan olehnya untuk memperbaiki dirinya.. Insya-Allah aku masih mengharapkan agar hidayah itu akan dtang satu hari nanti..
Berbalik kepada tajuk dalam buku tersebut, ialah "Tunaikan Sepuluh Hak"..
SEPULUH HAK :
Imam syafie memberi wasiat, "Barang siapa ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :
1)Hak diri untuk mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2)Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kpd Allah.
3)Hak Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata,memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4)Hak Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati
5)Hak Mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6)Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7)Hak Malik iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada ibua bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8)Hak Ridhwan iaitu redha kpd Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
9)Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.
10)Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
Betapa kecilnya diri ini memikirkan, betapa jauhnya diri ini dari 10 hak tersebut.
Pada tugu kehidupanku ini.
jemariku bukan lembut membelai
tapi kukuh membela
pandanganku bukan redup meminta
tetapi hangat meronta...
Panduan sudah lama ada..kita yang menentukan hala tuju kita..sejak dahulu lagi..
masih belum terlambat..
selagi nafas masih ada..
selagi DIA masih memberi peluang dan ruang..
kita ambil kesempatan itu..
kita ambil..jangan lepaskan lagi..
Insya-Allah..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment