Jika kesedihan datang mengurung, kedukaan tinggi menggunung, maka ucaplah "La ila haillallah"
Sunday, February 7, 2010
Dirantai demi sesuap nasi, kanak-kanak yg hanya berusia 2 tahun.
Begitulah nasib seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun terpaksa dirantai apabila ibu dan bapanya mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Bapanya, Chen Chuanliu, 42 tahun terpaksa merantai kaki anaknya dan ditambat pada sebatang pokok di tepi jalan raya semasa bekerja membawa penumpang.
Chen yang bekerja sebagai penarik beca terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu membayar kos dipusat penjagaan kanak-kanak, sebanyak RM 30.00 sehari sedangkan pendapatannya terlalu kecil. Isterinya pula bekerja sebagai pengutip sampah di kawasan berhampiran.
Sebelum ini dia telah kehilangan anak perempuannya berumur 4 tahun, dicuri oleh kaki colek. Kejadian mencuri kanak-kanak begitu berleluasa di negara China akibat peruntukkan undang-undang yang ketat tentang saiz bilangan anak dalam sesebuah keluarga.
Kita bersyukur kerana tahap kemiskinan penduduk negara kita tidaklah sampai begitu naif sekali, namun masih ramai anak-anak bangsa kita yang terpinggir kerana tidak berpeluang untuk mengikuti arus pembangunan yang begitu pantas. Akibatnya mereka tersepit dicelah-celah kekayaan negara. Justeru, pihak berkuasa dan mereka yang berkemampuan seharusnya perlu berbuat ssuatu supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku di negara kita .
Kalau setakat gah digelar negara kaya sahaja tetapi rakyat masih lagi miskin, bermakna pengagihan kekayaan negara tidak sampai kepada semua lapisan masyarakat, sedangkan kita ketahui semakin ramai jutawan di negara kita, bertambah pula golongan yang miskin tegar. Kekayaan telah dimonopoli oleh sebahagian individu sahaja..fikir2kanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment