Saturday, September 25, 2010

Lompatlah sejauh-jauhnya

Jika kita berpegang pada prinsip “Allah S.W.T tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia”, pastinya kita akan merenung kembali kepada masa lalu saat kita diuji dengan pelbagai dugaan dari-Nya.

Dalam keadaan emosi diri yang tidak menentu, akhirnya sedikit demi sedikit dilerai dan terlerai dari penjajahan mental. Apa yang penting ialah keyakinan bahawa hidup ini bukanlah untuk dicurahkan pada bakti dunia semata-mata.

Bantuan untuk mendapat semula keyakinan pastinya datang dari hidayah Allah. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu secara tidak langsung.

Secara tidak langsung yang bagaimana?

Minggu ini, KHAR sedang mengadakan Karnival Sukan Tahunan 2010 dan diperli oleh seorang rakan untuk memasuki acara yang dipertandingkan.

Pada awalnya memang tiada rasa semangat untuk menyertai namun sudah menumpang di Tingkat 1 ini tiada pula apa-apa sumbangan bermakna. Lebih-lebih lagi sukan kali ini membabitkan tingkat 1-3 sebagai satu rumah sukan.

Melihat kepada acara yang kosong ialah balapan padang, iaitu Lompat Jauh..

Lompat Jauh? Ada harapan ke nie..erm.

Namun, dengan riang hati menulis juga nama, apatah lagi sijil diberikan (hehe).

Tiba juga hari Sabtu petang yang redup.

Lompatan 1 untuk membuang 1 masalah.

Lompat kali kedua untuk membuang 2 masalah.

Lompatan kali ketiga untuk membuang semua masalah.




Lompatlah sejauh-jauh yang mungkin..

Akhirnya hati lega juga apabila tidak memikirkan lagi masalah yang timbul. Inilah yang dikatakan tidak langsung. Allah S.W.T memberi kita jalan penyelesaian kepada kita tanpa kita sedari.

Bagaimana dengan lompatan boleh menghilangkan rasa emosi yang teruk?

Sebab lompatan untuk membuang masalah itulah yang membawa kepada pingat perak dan berjaya menambah koleksi pingat di sini, agak riang juga apatah lagi masuk sebagai peserta tangkap muat.

Alhamdulillah apabila melihat pingat perak itu, cukuplah koleksi emas, perak, gangsa dan saguhati sepanjang 5 semester di sini.

Sudah tidak mahu memikirkan masalah yang dahulu, kerana ada banyak lagi rintangan di hadapan setiap hari.

Insya-Allah moga Allah S.W.T sentiasa meredhai apa jua perkara yang dilakukan selepas ini.

Monday, September 20, 2010

Kosong ( 0 )

Kembali semula ke kampus..

Terasa masa begitu cepat sahaja berlalu, dalam melalui kemeriahan Raya terpaksa pula kembali ke bumi Tanjung Malim.

Perjuangan yang belum selesai berbaki 2 tahun ini sememangnya terasa begitu lama. Setiap hari memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, letih pula untuk masuk ke kelas lagi malas untuk menyiapkan tugasan.

Dimanakah azam dan kekuatan yang diperolehi dahulu? waktu sekolah..guru ialah sumber inspirasi. Di sini berjuang seorang diri..

konsep berjuang dan perjuangan adalah sama. Kedua-duanya memerlukan usaha dan istiqamah yang berterusan.

Namun diri akhirnya makin tewas.

kian hanyut ditelan kesenangan hidup..kian lupa betapa dulunya begitu sukar untuk berada pada hari ini.



Mungkin juga sudah semakin "malas" untuk menulis lagi di sini. Biarlah ia sepi dahulu.

untuk bulan-bulan mendatang. Sesuai dengan jiwa pemiliknya yang masih sabut dalam serabut dan keserabutan.

sekian.

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Bercuti Rakan-Rakan


Nostalgia balik kampung akan direalisasikan hari ini.

Alhamdulillah dengan keredhaan Allah SWT dapat lagi menikmati 10 malam terakhir Ramadhan, yang merupakan malam di mana akan munculnya malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar. Ayuhlah kita sama-sama mengejar pahala beribadat pada malam itu. Insya-Allah.

Minggu ini pula merupakan minggu terakhir kuliah sebelum dibenarkan bercuti raya, lantas hati ini sudah pastinya teruja untuk pulang ke kampung. Walaupun telah perginya seorang insan tersayang, namun masih ada lagi seorang yang mampu membahagiakan diri apabila melihatnya di kg. Pastinya dia dan diri ini akan pergi juga menghadap Ilahi satu hari nanti, oleh itu sisa-sisa kehidupan bersamanya harus dimanfaatkan sepenuhnya.

kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini sama ada di SMK Felcra Bukit Kepong, SMK Labis dan UPSI, juga kepada bekas-bekas guru..di kesempatan ini ingin mengucapkan..



Selamat Menangisi Ramadhan yang akan pergi & Menyambut Lebaran dengan penuh kesederhanaan. Maaf Zahir dan Batin dipinta jika ada silap dan salah.

Sekian. Assalamualaikum.

p/s : Berkonvoi beramai-ramai di atas jalanan memang satu nostalgia. Semoga perjalanan pulang kami pada hari ini akan selamat sampai ke destinasi dituju tanpa sebarang musibah. Amin.

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails