Sunday, February 21, 2010

Cerita Masa Cuti : Perkahwinan Nazurah dan Facebook

Malam khamis 11/2/10 jam 9.30 malam aku tiba d rumah, setelah berkonvoi di highway sebanyak 8 buah motorsikal. Letih hilang bila melihat wajah emak dan anak-anak buah kt uma...huh,sampai juga kt kg..tapi,cam skejap je dh kt tg malim semula..adess..

Esoknya dapat sms dri Wak pula “ Salam..Mat ko nk g x rmh zura..Noh jmmy ngn y len nk g..so pe cer..”.. Bahasa mmg teruk lah mamat nie..

Erm..cam malas nak p...tapi..d sebabkan dah sampai kad undangan kt uma..pastu nazurah ade mesej pula ..maka p lah juga..



Berkongsi hadiah ngan wak..hehe jadilah tue.. status pun masih belajar lagi.. kewangan pun x stabil..


x de kamera..x mampu nak beli pun...jd tengok je lah..

Dapat lh juga juga jumpa rakan2 lama..azaman,asyraf,talai,yuszairina,yusnor, ila dll...




Tiba2 teringat kat makhluk sorng nie..kamal kassim..dia x dtang ker???? Aha kamal mesti nak plankik aku nti....bila lah agaknya nak dtang bekok lagi kan..yg penting rojak tue,,mesti lebih timun dan tauhu..

*~~~~*

Bila dh kt kg nie...uma yg wajib aku p ialah uma hafiz dan halim..sahabat2 baikku.. tapi hafiz x balik pula cuti kali nie..maka lepak jek lah kt uma halim..

Sahabatku azlila yg sedang belajar d KLMU pun sedang bercuti, lalu dia mengajak kami ke uma dia untuk berbual2..

“am, kenapa kau x ada facebook?”...aduhh..soalan nie lagi..ntah yg ke brape belas aku dpat soalan nie baik d upsi ataupun kg..

“ntah..x wajib pun ade...aku takut x dapat mengawal nafsu”....

“ala,aku wat pun sebab bleh hbung ngan kwan2 n maen game”..

“erm..banyak lg benda berfaedah yg aku bleh wat, ckup lah ade ym..kt situ pun aku boleh berhubung dengan rakan2 lain”...

Sama2 tertawa...facebook skrang nie mmg jd trend terkini, x kira yg muda ataupun yg tua..

Balik kelas tdi, azhan pula tnya kenapa x ade facebook..akhirnya aku jawab..”malas nak wat”..

Ckuplah aku ade fster,myspace,tagged yg juga dh jarang2 buka...




Mungkin blogku ini menjadi peneman dan pendengar setiaku... menjadi medium aku meluahkan sesuatu yg aku rasa mcam....

X kisahlah jika dikatakan ketinggalan..facebook itu bukannya wajib kita ada..bukan jd tiket ke syurga..

Terpulang pada diri masing2 menentukan apa yang terbaik untuk jiwa kita..

Assalamualaikum ......

Sunday, February 7, 2010

Dirantai demi sesuap nasi, kanak-kanak yg hanya berusia 2 tahun.




Begitulah nasib seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun terpaksa dirantai apabila ibu dan bapanya mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Bapanya, Chen Chuanliu, 42 tahun terpaksa merantai kaki anaknya dan ditambat pada sebatang pokok di tepi jalan raya semasa bekerja membawa penumpang.

Chen yang bekerja sebagai penarik beca terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu membayar kos dipusat penjagaan kanak-kanak, sebanyak RM 30.00 sehari sedangkan pendapatannya terlalu kecil. Isterinya pula bekerja sebagai pengutip sampah di kawasan berhampiran.
Sebelum ini dia telah kehilangan anak perempuannya berumur 4 tahun, dicuri oleh kaki colek. Kejadian mencuri kanak-kanak begitu berleluasa di negara China akibat peruntukkan undang-undang yang ketat tentang saiz bilangan anak dalam sesebuah keluarga.




Kita bersyukur kerana tahap kemiskinan penduduk negara kita tidaklah sampai begitu naif sekali, namun masih ramai anak-anak bangsa kita yang terpinggir kerana tidak berpeluang untuk mengikuti arus pembangunan yang begitu pantas. Akibatnya mereka tersepit dicelah-celah kekayaan negara. Justeru, pihak berkuasa dan mereka yang berkemampuan seharusnya perlu berbuat ssuatu supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku di negara kita .

Kalau setakat gah digelar negara kaya sahaja tetapi rakyat masih lagi miskin, bermakna pengagihan kekayaan negara tidak sampai kepada semua lapisan masyarakat, sedangkan kita ketahui semakin ramai jutawan di negara kita, bertambah pula golongan yang miskin tegar. Kekayaan telah dimonopoli oleh sebahagian individu sahaja..fikir2kanlah..

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails