Tuesday, March 30, 2010

GAMBARAN PADANG MASYHAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.


3.Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


4.Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5.Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7.Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8.Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



9.Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1). Pemimpin yang adil.

2). Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3). Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4). Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5). Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6). Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7). Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudahia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.



Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

BADMINTON SUPER POWER SEMESTER II SESI 09/10

Pada malam Isnin yang lalu, aku dan rakan-rakan telah sepakat untuk menganjurkan pertandingan Badminton Super Power yang melibatkan kumpulan A kelas Major...

Undian dijalankan semasa kelas Minor...hehe.. Dr.Talib masuk lambat daa...

Sebanyak 6 pasukan terlibat membabitkan 12 orang pemain. Hanya acara beregu sahaja kami pertandingkan.

Aku dan partner, Hafifi diundi berada di Kumpulan A bersama Sham/Due dan Badri/Azhan.

Sememangnya persaingan yang sangat sengit. Namun kami berjaya menjuarai Kumpulan A untuk mara ke separuh akhir bertemu dengan Naib Juara kumpulan B, Wan Zor/Shahir..


rock n roll

Namun kami tewas juga akhirnya..gagal ke Final..hehe, bukan rezeki...matlamat hanya untuk mengeratkan silaturahim dan beriadah..

Dalam penentuan tempat ketiga, sekali lagi aku dan Hafifi berjaya menewaskan Badri/Azhan untuk merangkul tempat ketiga..

Manakala pasangan Sony/Sidi telah berjaya merangkul tempat pertama..tahniah2...

Matlamat asal hanyalah pertandingan suka-suka, namun semangat kesukanan yang dtunjukkan menyebabkan kami berhasrat untuk mengan jurkan lgi..





Syabas.barisan pemain2 yang hebat2 belaka..kecuali aku yg x sehebat mereka..

aksi-aksi terlarang..



bersungguh2 memukul bulu tangkis..


jangan gaduh2 Badri...


kemunculan makhluk asing yg tiba2 jatuh dri langit..hehe..Nak join tpi ade kelas..lain kali r bleh join..

sekian...adess asgment x siap lgi nie..

Sunday, March 21, 2010

Onwards One Unity Marathon

Masa kt kelas Badminton..Sham JMK Terbaik Khar(huhu) suh masuk Marathon One Malaysia..
penuh berharap kerana mngkin kurg sambutan..

Kena bayar RM 10..dapat baju, sijil dan sticker... tawaran yg agak menarik..

Lalu mesej Azhan, Badri, Wan zor...erm..semua cm semangat nk p..

alih2 pagi tdi cuma aku dan Badri saja..tiba2 muncul pula Pok Dik..

"Selalunya aku ari Ahad nie bngun lambat, tpi hari nie bngun awal..tue yg aku trun" mnurut pok dik..

Peserta prempuan mmg ramai.."mungkin kerana nakkan sticker" Sham menambah..

Dlm hati aku.."erm betol2" haha..
sasaran sekadar mendapatkan medal sahaja, iaitu temapt 30 ke bawah..

sesi memanaskan badan bermula..aduhaii, belum lari dh letih..

dalam Jam 9, peserta lelaki terlebih dahulu dilepaskan..

Berjaya juga berlari sampai ke kuil kt simpang kampus UPSI tue tanpa henti..
nie rekod terbaru peribadi..hehe

pastu pancit dah..adess x larat..behenti jap jalan-jalan tanpa berlari.. menikmati suasana di taman bernam...

pastu lari balik..sampai ke Kota Malim Prima..

"Bila lh nak sampai Khar nie, aduhai terasa jauh sungguh"
..

Pok dik dh x nampak bayang di belakang..Badri pun dh sayup2..

Semasa mendaki bukit di Malim Prima, Wak selaku AJK Keselamatan bgtau yg ade hadiah untuk tmpat 20 ke bawah..

aha..semangat tue dtg balik,..masa tue posisi dh di kedudukan ke-20..ramai lg kt belakang yg nak ptong..

wpon penat..ku teruskan jua langkahan yg semakin longlai..

Akhirnya sampai juga semula kt KHAR..

betol-betol di temapt yg ke-20...

lega habes dh larian yang menyeksakan..

Pok Dik di tempat yg ke-24..dpat lh juga medal..

Badri di tempat terakhir bg peserta lelaki..

hbes sahaja larian trus mendapatkan tilam beliau..

terasa kasihan pula melihat situasinya yg seperti x mau hidup lagi dek kerana keletihan dan kemaluan dipintas oleh peserta perempuan..hehe..

Alhamdulillah..dapat medal dan hamper..

menambahkan lagi koleksi medal sukan sepanjang di UPSI nie..

Isnin-Khamis nie pula ade Kejohanan Tertutup Badminton UPSI..Harap2 ada Rezeki untuk masuk ke Final..Ameen..

~~~~~~~~~~~++~~~~~~~~~~~

Friday, March 19, 2010

Fikir-Fikirlah sendiri

Fikir dalam-dalam..

renung jauh-jauh..

lihat dekat-dekat..

kebijaksanaan pemimpin..

rakyat Malaysia yang pilih..

pimpinan terbaiklah..

salah satu tindakan pemimpin bijak seperti ini.
.





Anda sendiri menilai..

kelak nanti..

buatlah pilihan yang bijak..

anda pilih..

anda tentukan..

p/s : Yang terang2 maksiat LULUS.. yang berunsur agama dan pengajaran TIDAK LULUS!!!

~ouh...Malaysiaku~

Monday, March 15, 2010

Rahsia Solat

Kita bersolat 5 waktu tiap-tiap hari (Alhamdulillah)..tetapi kita pun x tahu apakah fadilat yang kita dapat selain 1 pahala dan 27 pahala berjemaah)..

hehe sebenarnya kita sama-sama x tau... dan yg dh tahu..wajar2 lah kita berkongsi bersama-sama...

moga-moga ibadah kita makin khusyuk hendaknya..

1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam
kubur.

3. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.

7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.

8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.

11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.


Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”

Sekian, jika ada salah dan silap..harap dimaafkan. Wallahu a’lam.

Thursday, March 11, 2010

Tunaikan sepuluh Hak

Sempat juga membeli buku terbaru semasa jualan buku di perpustakaan UPSI..

"30 Wasiat Imam Syafie"
yang dihimpunkan dalam satu buku oleh Khairul Ghazali..

Semasa membelek2 buku ini, satu tajuk nie begitu menarik dan menyentuh rasa..sebab juga ada kaitan dengan kelemahan diri.. Kelemahan yang telah lama cuba dibaiki, tetapi masih lagi seperti dulu...

Erm..Harga diri individu itu sebenarnya berdasarkan apa yg dilakukan olehnya untuk memperbaiki dirinya.. Insya-Allah aku masih mengharapkan agar hidayah itu akan dtang satu hari nanti..

Berbalik kepada tajuk dalam buku tersebut, ialah "Tunaikan Sepuluh Hak"..

SEPULUH HAK :

Imam syafie memberi wasiat, "Barang siapa ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :


1)Hak diri untuk mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2)Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kpd Allah.

3)Hak Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata,memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4)Hak Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati

5)Hak Mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6)Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7)Hak Malik iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada ibua bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8)Hak Ridhwan iaitu redha kpd Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

9)Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.

10)Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.



Betapa kecilnya diri ini memikirkan, betapa jauhnya diri ini dari 10 hak tersebut.

Pada tugu kehidupanku ini.
jemariku bukan lembut membelai
tapi kukuh membela
pandanganku bukan redup meminta
tetapi hangat meronta...


Panduan sudah lama ada..kita yang menentukan hala tuju kita..sejak dahulu lagi..
masih belum terlambat..

selagi nafas masih ada..

selagi DIA masih memberi peluang dan ruang..

kita ambil kesempatan itu..

kita ambil..jangan lepaskan lagi..

Insya-Allah..

Assalamualaikum..

Tuesday, March 9, 2010

Cinta bunga...Bunga akan layu

Cinta Manusia..Satu hari dia akan pergi jua

Cinta Allah S.W.T..Cinta yang kekal abadi selamanya


Dapat bait-bait kata terindah nie masa kelas EDU pagi tdi...

Bila berfikir..

rasa dalam-dalam..

Cinta kepada Allah menjadi keutamaan..

Cinta kepada manusia menjadi pilihan..

Bunga ibarat laluan kehidupan kita di dunia..Hanyut di dunia,akhirnya di akhirat nanti kita juga yg merana..

Berkasih sesama manusia..juga ada batasannya.. sampai satu tahap, menjelang kematian..cinta antara dua insan akan tinggal sejarah..

Cinta kpd Allah S.W.T... Cinta yg hakiki, yg pasti.. sampai bila-bila..tidak akan dipisahkan oleh jarak dan waktu..tiada apa-apa yg mampu memisahkannya..

hmmmm.....

berfikir dalam-dalam..

banyaknya kelemahan diri ini..

bilalh nak berubah..msih samar-samar..

Tuhan bantulah hambamu ini..

Monday, March 8, 2010

Sukan : Karier Futsal di UPSI.

Bermulanya semester 4, rakan-rakanku begitu teruja untuk menubuhkan pasukan futsal secara rasmi dan menyertai kejohanan2 yang dijalankan d UPSI..

Pada mulanya, nama pasukan kami ialah Transformasi..tapi kini..

sudah menjadi SEROJA FC..hehe.

Pada penyertaan di Terbuka Kolej Za'Ba..kami tersingkir awal kerana..hmmm...
nie lah muka2 kecewa..


Muka ceria, pastu hampa

selepas kejohanan di KZ, rombakan pemain telah dilakukan..dan beberapa pelajar Pendidikan Sastera Melayu dan Ekonomi telah diserap masuk..

Seterusnya ..Kejohanan Terbuka Kolej Ungku Omar pula menjadi medan perjuangan futsal kali ini..

Pada mulanya..tiada harapan disandarkan..sekadar melayakkan diri hingga ke pusingan kedua..Namun..

Kami berjaya hingga ke peringkat separuh akhir..hehe..satu kejayaan yg menakjubkan..Alhamdulillah dengan izin Tuhan..

Menjuarai peringkat kumpulan..menang 3-0 di pusingan kedua terhadap pasukan dari Selayang, penalti 3-1 d suku akhir..namun tewas penalti 2-3 di semi final..kekecewaan yg ketara namun terubat juga dengan hadiah medal dan wang tunai..

Syabas..SEROJA FC.

Baru-baru nie..pada 7/3 lepas..

Fakulti Bahasa menganjurkan pertandingan FUTSAL FAKULTI..

tiada sasaran ditetapkan kerana kerisauan x siap asigment..hehe..

tapi Alhamdulillah...pasukan dari sem 6 berjaya kami tewaskan dengan semangat perjuangan yang jitu..

SEROJA FC akhirnya berjaya menjuarai kejohanan tersebut,..menewaskan satu lagi pasukan dari sem 4 yg juga rakan-rakan kami..

Seroja FC berjaya menewaskan Evolusi Tembeling 4-1 pada aksi Final..



Aksi Final...



Pemain SEROJA FC.


Belakang(kiri)- Wan,Afiz Janggut,Shahir,Amri
Depan(kiri)- Pok Dik, Lukme, Badri


Kejohanan tertutup UPSI sempena KONVOKESYEN akan berlangsung pada hujung minggu ini..

dan sasaran..hanyalah sekadar penyertaan suka-suka..

asigment banyak x siap lg nieh..pula tue ade Seminar Kejurulatihan Badminton BAM sabtu nie..adesss..pening3..

apapun..hadapi dengan seyuman..

~~~Assalamualaikum..

Friday, March 5, 2010

Pergi tidak kembali

Semalam dapat mesej dri Kamal..

Mengatakan Abang dia telah kembali ke Rahmattullah..

Mati lemas,,Syahid Kecil..

Meninggalkan isteri dan anak-anak..yg masih kecil..

di persinggahan sementara ini..

kini..abang dia telah berada di alam lain..




Mati itu pasti..

firman Allah bermaksud,

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati kemudian kepada kamilah kamu dikembalikan”
(Surah al-Ankabut, ayat 57)




Jangan terlalu meratapi kematian org d sekeliling kita..

cukuplah dengan hanya merasa "kehilangan"..

Dan...

Bekalan akhirat..kita cubalah yg terdaya untuk menggali sebanyak mungkin..

dunia hanya persinggahan sementara..

sampai bila kita nak alpa..

sampai bila...

Thursday, March 4, 2010

Muhasabah diri : Peristiwa yang benar-benar memalukan


Mengenang kembali perkara yg telah berlalu...




Malu sunggguh diri ini tentang peristiwa itu.

Silap juga kerana mengambil kisah..

Silap juga kerana mengambil bahagian..

Memang kesilapan diri..

Muhasabah diri..

Dalam hati hanya tuhan yang tahu...



~~perhaps, perhaps, perhaps ~~




Harapan tetap harapan..

kadang kala hanya mampu berharap..

kadang kala..

kadang-kadang..

begitulah skrip kehidupan ini..

Bacalah juga

Related Posts with Thumbnails